Latest Updates
Tampilkan postingan dengan label Sains dan teknologi. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Sains dan teknologi. Tampilkan semua postingan

Menakjubkan ! Awan Terbentuk Pada Jet F/A 18 Super Hornet


AXALP - Beberapa juruterbang tentera Switzerland menunjukkan kemahiran mereka mengendalikan jet F/A 18 buatan Amerika Syarikat.

Salah seorang juruterbang itu menghasilkan 'awan' pada satu demonstrasi yang disaksikan sejumlah orang.

'Awan' itu terbentuk apabila berlaku tekanan yang sangat rendah pada aliran udara di sekitar jet tersebut.
Axalp merupakan kawasan pergunungan yang menjadi destinasi pelancongan popular di negara ini. - Agensi

Jom Tengok Video Pulak !

Menakjubkan ! Robot Ikan Ciptaan Jepun Ini

Menakjubkan! Robot Ikan ciptaan Jepun ini - Anda suka bela ikan ? Tentu ramai yang suka,Tapi leceh untuk menjaganya. Tetapi Robot Ikan yang dicipta oleh syarikat Jepun Takara Tomy A.R.T.S ada penyelesainya. Syarikat ini telah mencipta Robot Ikan yang tidak perlu penjagaan yang rapi dan anda boleh memeliharanya seperti ikan yang sebenar di dalam akuarium.


Robot-Ikan bukan sahaja bertujuan untuk kelihatan seperti ikan sebenar, Malah lebih dari itu, Kelakuan ikan ini didalam akuarium memang kelihatan seperti ikan sebenar, Meragut-ragut rumput seperti sedang mencari makanan dan naik kepermukaan air untuk bernafas. Memang hebat ciptaan orang Jepun ni.
Ikan Robot ini menjadi kegilaan di Jepun untuk di pelihara

Ikan Robot ini seolah-olah sedang mencari makanan di celah batu

Berenang seperti ikan tulen
Kalau tak percaya mari kita lihat video ini :

Imej percikan api di matahari

IMEJ yang didedahkan Pentadbiran 
Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan menunjukkan percikan api di matahari pada 31 Ogos lalu.
MIAMI - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan kelmarin mendedahkan imej nyalaan matahari yang dirakamkan pada 31 Ogos lalu.

Imej itu menunjukkan percikan api yang terkeluar daripada matahari,Seandainya percikan gergasi matahari yang terkeluar itu tepat mengenai bumi ini, Maka pada malam 31 Ogos malam kita menyambut kemerdekaan negara akan menjadi malam terakhir buat kita semua.Malahan seluruh penduduk dunia.
Bagaimanapun, ia memberi kesan terhadap persekitaran magnetik Bumi yang menyebabkan cahaya aurora terbentuk di langit.
Cahaya tersebut boleh dilihat di bandar Whitehorse, Yukon, Kanada pada 3 September lalu.
Jaluran cahaya itu terbentuk apabila partikel-partikel yang dicas daripada matahari berlanggar dengan atom pada altitud yang tinggi di Bumi.

Manusia pertama jejak kaki ke Bulan


“LANGKAH kecil untuk seorang lelaki ini adalah langkahan besar bagi manusia sejagat,” demikian ungkapan emas Neil Armstrong atas kejayaan misi Apollo 11 mendarat di bulan pada 20 Julai 1969.

Mantan komander Apollo 11 itu meninggal dunia akibat komplikasi susulan pembedahan pintasan jantung yang dijalaninya pada awal bulan Ogos iaitu dua hari selepas beliau menyambut hari lahirnya pada 5 Ogos lalu.
Neil Alden Armstrong berusia 38 tahun ketika detik bersejarah itu. Walaupun berjaya merealisasikan impian negaranya sehingga meletakkan nama beliau di kemuncak kejayaan tertinggi, Armstrong tidak pernah rasa bangga diri.
“Saya rasa semua orang tidak hanya mahu dihargai berdasarkan pencapaian luar biasa, namun mahu dihormati atas usaha dalam kerja-kerja seharian yang dijalani,” luah Armstrong dalam satu wawancara bagi program 60 Minutes yang disiarkan stesen CBS pada tahun 2005.
Kejayaan misi Apollo 11 tersebut yang disertai dua lagi angkasawan, Buzz Aldrin dan Michael Collins menandakan kemenangan AS ke atas Perang Dingin dalam perlumbaan penerokaan angkasa. Ketegangan antara AS dan Kesatuan Soviet bermula pada 4 Oktober 1957 dengan pelancaran Sputnik 1, satelit seberat 184 paun milik Kesatuan Soviet.


Ketika mereka mendarat di kawasan yang dikenali sebagai Lautan Ketenteraman (Sea of Tranquility), minyak kapal angkasa tersebut hanya cukup untuk tempoh 30 saat sahaja. Armstrong kemudiannya menghubungi bilik kawalan di Bumi dan mengatakan: “Houston, pangkalan ketenteraman di sini, The Eagle telah mendarat.”
Apollo 11 menempuhi perjalanan sejauh 250,000 batu, bersamaan dengan empat hari untuk tiba ke bulan. Armstrong berada di permukaan bulan selama 2 jam 32 minit manakala Aldrin meluangkan masa kurang 15 minit daripada waktu Armstrong.
ARMSTONG mengambil foto sampel yang dikutip Edwin Buzz Aldrin dalam satu sesi latihan sebelum ke bulan.


Kedua-dua angkasawan itu mencacakkan bendera AS, mengambil beberapa sampel batuan bulan dan menjalankan eksperimen saintifik sebelum kembali ke kapal utama yang dikawal Collins. Ketiga-tiga mereka pulang dengan selamat dan dijulang sebagai wira.
Ia juga menjadi momen bersejarah di seluruh dunia. Detik pelancaran dan pendaratan disiarkan secara langsung di televisyen (TV) dan kira-kira 500 juta orang atau seperlima populasi manusia di dunia menonton dengan keterujaan ketika Armstrong berjalan di atas permukaan bulan.
Misi Apollo 11 menjadi penerbangan angkasa terakhir bagi Armstrong. Sekembalinya ke Bumi, beliau dilantik sebagai pentadbir aeronautik di Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) AS dan meninggalkan agensi itu pada tahun 1971.
Sikap sederhana
Lelaki yang telah menerbangkan lebih 200 jenis pesawat termasuk jet, roket, helikopter dan peluncur (glider) itu kemudiannya memilih untuk keluar daripada lensa umum. Sifat beliau yang pendiam dan suka bersederhana mendorong Armstrong hidup menyendiri bersama keluarganya di kampung halamannya di Ohio.
Anak sulung daripada tiga beradik itu mendampingi kerjaya sebagai seorang profesor di Universiti Cincinnati pada tahun 1971 sehingga 1979. Tahun selebihnya banyak difokuskan kepada kerja-kerja di ladang miliknya dan hidup tenteram bersama isteri dan anak-anaknya.
Beliau pernah ditanya bagaimana rasanya apabila mendapat tahu kesan tapak kakinya kemungkinan akan kekal di permukaan bulan untuk ribuan tahun? “Saya berharap suatu hari nanti akan ada seseorang pergi ke sana dan memadamkan tanda yang ditinggalkan itu.”
Penulis buku First Man: The Life of Neil A. Armstrong, James Hansen memberitahu CBS: “Segala perhatian yang diberikan seluruh orang kepada gelaran manusia pertama berpijak di bulan tidak difahami Armstrong dan merasakan ia sesuatu yang tidak wajar untuk diperbesarkan.”
John Glenn, bekas angkasawan NASA yang juga sahabat Armstrong menyatakan: “Beliau bersedia menggalas misi negara dan bangga dengan pencapaian tersebut, namun masih mampu kekal sebagai individu yang sama. Sifat rendah diri beliau tidak pernah hilang.”
Luahan hati Amstrong
OBAMA (kanan) bersama Armstrong pada mesyuarat ulang tahun NASA ke-40 di Rumah Putih, di Washington, DC, tiga tahun lalu.


Selepas karier aeronautik Armstrong berakhir, beliau didekati beberapa kumpulan politik. Tidak seperti dua bekas angkasawan, Glenn dan Harrison Schmitt yang menjadi senator AS, Armstrong menolak kesemua tawaran tersebut.
Mereka yang mengenali Armstrong dengan rapat tahu bahawa beliau suka bermain golf, aktif dalam persatuan setempat dan kerap makan tengah hari di restoran yang sama di kawasan kediamannya.
“Armstrong tidak gemar ditemuramah namun beliau bukan lelaki yang pelik atau sukar dibawa berbual. Beliau hanya tidak suka menjadi sebutan ramai,” ujar rakannya dari Universiti Cincinnati, Ron Huston.
Dalam satu majlis sekitar bulan Februari 2000, Armstrong meluahkan kekecewaan beliau terhadap misinya ke bulan: “Secara jujur, saya tidak pernah memasang impian untuk ke bulan.”
Dilahirkan pada 5 Ogos 1930 di Wapakoneta, Ohio, Armstrong merupakan anak pertama kepada pasangan Stephen dan Viola Armstrong. Beliau berkahwin dengan Janet Sharon yang dikenali di kolej pada tahun 1956 dan bercerai pada tahun 1994. Beliau kemudiannya mengahwini Carol Knight pada tahun 1999.
Sejak kali pertama menaiki kapal terbang pada usia 6 tahun, Armstrong bertekad untuk mendalami dunia penerbangan. Zaman remajanya dihabiskan dengan mereka beberapa model kapal terbang dan berjaya memiliki perpustakaan penerbangan peribadi yang amat besar.
Duit yang diperoleh hasil pekerjaan di sebuah farmasi digunakan untuk mengambil kelas penerbangan dan ketika berumur 16 tahun, Armstrong mendapat lesen untuk terbang, lebih awal daripada lesen memandu kereta.
Zaman sekolah menengah pula menyaksikan kecemerlangan Armstrong dalam subjek Matematik dan Sains sehingga dianugerahkan biasiswa tentera laut AS untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Purdue, Indiana pada tahun 1947.
AKHBAR The New York Times menyiarkan berita kejayaan angkasawan Amerika Syarikat yang berjaya menjejakkan kaki ke bulan.


Sambung pengajian
Beliau meninggalkan universiti seketika bagi menjadi juruterbang tentera laut dan dilantik sebagai juruterbang misi pertempuran dalam Perang Korea dan menerima tiga pingat.
Usai peperangan, Armstrong menyambung kembali pelajaran di Purdue. Beliau tamat belajar pada tahun 1955 dengan ijazah kejuruteraan aeronautik. Beliau kemudiannya menyertai Jawatankuasa Penasihat Nasional Bagi Aeronautik (NACA) pada tahun 1958 yang kini dikenali sebagai NASA.
Pada bulan September 1962, Armstrong dipilih NASA sebagai angkasawan. Beliau menjadi juruterbang perintah bagi misi Gemini 8 dan juruterbang perintah sandaran untuk misi Gemini 11 yang dijalankan pada tahun 1966.
Dalam misi Gemini 8, Armstrong dan rakan angkasawan, David Scott berjaya melakukan cantuman kapal angkasa yang dipandu manusia dengan pesawat angkasa lain. Ia merupakan yang pertama dalam sejarah.
Ekoran kematian Armstrong, keluarganya telah mengeluarkan kenyataan rasmi: “Kami berasa amat sedih untuk memberitahu Neil Armstrong telah meninggal dunia. Beliau merupakan seorang suami, ayah, datuk, abang dan sahabat yang penyayang.”
Keluarga Armstrong berharap golongan muda di seluruh dunia dapat meminjam inspirasi Armstrong yang sering mencabar diri melakukan perkara mustahil.
“Apabila anda berjalan di luar rumah pada malam terang dan terlihat bulan tersenyum kepada anda, ingatlah kepada Armstrong dan kelipkan mata anda kepada bulan,” ujar keluarganya lagi.
Presiden AS, Barack Obama menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan Rumah Putih menyatakan, Armstrong ialah wira Amerika yang terhebat bukan sahaja untuk waktu ini malah sampai bila-bila.
“Hari ini, semangat penerokaan Armstrong menyala di dalam diri mereka yang mengabdikan hidup meneroka dan mengkaji rahsia alam agar kita mampu menuju lebih jauh dalam dunia angkasa,” ujar Obama.
Aldrin yang juga manusia kedua berjalan di bulan sebelum ini berharap Armstrong dapat bersama-sama menyertai sambutan ulang tahun ke-50 kejayaan misi Apollo 11 pada tahun 2019.
“Setiap kali saya melihat bulan, ia mengembalikan memori bermakna itu. Saya sedar walaupun kami berada jauh dari Bumi, kami tidak bersendirian. Seluruh dunia mengambil bahagian dalam perjalanan terhebat itu.
Bekas angkasawan yang juga manusia terakhir pergi ke Bulan, Eugene Cernan berkata: “Armstrong merupakan epitome kepada tamadun manusia hingga ke hari ini.”
Armstrong meninggalkan dua orang anak lelaki, dua orang anak tiri, 10 cucu dan seorang adik lelaki dan adik perempuan.

Bas Air Mirip Kapal Angkasa

Reydzi Matsumoto seorang artis Jepun yang bekerja sebagai pelukis animasi komik mangga telah mencipta sebuah kenderaan air yang di ilhamkan dari khayalannya yang cukup unik, iaitu bas air, bas ini diberi nama Himiko. Kenapa dinamakan Himiko?

Himiko adalah nama seorang Ratu lagenda pertama dari keturunan diraja Jepun, alasan bas air ini dinamakan Himiko adalah untuk menghormati Ratu Jepun tersebut.
Bus Himiko ini di rekabentuk dengan keluasan 33 x 8 meter, bentuknya direka menyerupai pesawat angkasa lepas seperti dalam filem animasi Jepun yang ada dalam imaginasi pelukis ini.Memang hebat kenderaan air ini.



Jom Tengok Video "Himiko"


Kenderaan kelas baru


SAN FRANCISCO: Bagi mereka yang meminati keseronokan di jalan raya secara terbuka dan pada masa sama sukakan keselesaan menaiki kereta mewah, superbike unik ini mungkin menjadi penyelesaian yang tepat.
Motosikal elektrik yang dinamakan C-1 adalah gabungan kereta dan motosikal.

Ia dijangka mula digunakan di jalan raya hujung tahun depan.
Kenderaan ciptaan Lit Motors, syarikat automotif yang berpangkalan di San Francisco, motosikal dua penunggang yang bertutup sepenuhnya menggunakan sistem penstabilan gyroscopic bagi membolehkannya kekal tegak meskipun ketika tidak bergerak. Motosikal masa depan itu bukan saja membolehkan penunggangnya selesa dan mengelak basah akibat hujan, tetapi juga selamat kerana ia tidak akan terbalik apabila terbabit dalam pelanggaran.
MOTOR yang memiliki semua kelengkapan dan kemudahan sebuah kereta.


Namun, harganya tidak murah - RM75,000 sebelum turun kepada kira-kira RM50,000 apabila pengeluaran meningkat.

Seorang jurucakap Lit Motors berkata, ramai orang telah berusaha mencipta sesuatu yang serupa dengan motosikal itu pada masa lalu tetapi tidak seorangpun yang berjaya.
Beliau berkata: “Belum ada kenderaan di jalan raya yang menggunakan sistem gyro pada masa ini. Ada cubaan sebelum ini tetapi tidak ada yang berjaya seperti kami.

“Bayangkan seorang kanak-kanak bermain gasing. Selagi ia berpusing, ia akan kekal tegak dengan sendirinya. Sama juga dengan kenderaan ini, selagi gyro itu berpusing, C-1 itu akan terus menegak.
C-1 tidak terbalik walaupun ketika tidak bergerak.
“Motosikal kami hanyalah satu-satunya yang menegak dengan sendirinya. “Ini membolehkan pemasangan seluruh kelengkapan kereta seperti tempat duduk lekuk, stering, papan pemuka, kawalan cuaca, sistem bunyi, tali pinggang keledar dan beg udara.

“Ia adalah yang pertama seumpamanya. C-1 ialah kenderaan kelas baru, bukan kereta dan bukan motosikal.

“Kami gabungkan kecekapan, ketangkasan, bersaiz kecil dan keseronokan sebuah motosikal dengan kestabilan, kemudahan dan yang paling penting, keselamatan sebuah kereta.

“Peningkatan dari segi ketangkasan dan saiz yang lebih kecil berbanding sebuah kereta bermakna banyak kemalangan boleh dielakkan.


“Daripada memakai topi keledar, pemandu boleh memakai pakaian biasa. Dia akan sentiasa selamat.” Syarikat berkenaan merancang membawa C-1 mengelilingi dunia, bermula di California dan Amerika Utara, sebelum ke Eropah, Asia Timur, Australia, Asia Selatan, Amerika Selatan dan seterusnya.

“Kami menjangka ia akan mencetuskan revolusi dan mendapat sambutan hangat,” kata jurucakap berkenaan.

“Kami mencipta kenderaan bandar yang sempurna. Ia menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya. Ia tidak akan menyumbangkan kepada pencemaran udara,” kata jurucakap itu. - Agensi
SOURCE LINK

Jepun mahu bina lif ke angkasa


TOKYO - Sebuah firma pembinaan Jepun mendakwa semalam ia mampu melaksanakan rancangan luar biasa untuk meletakkan pelancong di angkasa lepas dalam tempoh 40 tahun dengan membina sebuah lif setinggi 96,000 kilometer (km) atau suku jarak Bumi ke bulan.
Firma Obayashi Corp mendakwa lif itu boleh dibina dengan menggunakan teknologi karbon nanotube yang lebih 20 kali ganda lebih kuat daripada besi.
Menurut firma berkenaan, lif itu dapat membawa sehingga 30 penumpang pada sesuatu masa dan bergerak pada kelajuan 200 kilometer sejam selama seminggu sebelum berhenti di sebuah stesen pada jarak 36,000km.
Ketua projek itu, Satomi Katsuyama berkata, pelancong akan tinggal di stesen berkenaan manakala kumpulan penyelidik dan pakar akan meneruskan perjalanan.
"Manusia sejak dahulu lagi kagum dengan menara tinggi. Kami akan membina lif ini dari angkasa lepas dan bukan Bumi," katanya.
Walaupun Katsuyama yakin pelan tersebut akan berjaya, beliau belum menetapkan anggaran kos, lokasi dan pembiaya bagi membina struktur berkenaan.
Firma itu membina bangunan tertinggi di Jepun, Tokyo Sky Tree, yang setinggi 634 meter.
Antara penglibatan syarikat itu dalam pembinaan bangunan ialah Dubai Metro di Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Studio Universal Osaka, Jepun dan Stadium Australia yang digunakan untuk Sukan Olimpik Sydney. - AFP


Perancangan: Satu lif, seperti dalam gambaran ini , boleh dibuat dengan menggunakan gentian karbon yang bergerak dari Bumi ke stesen angkasa sejauh 22.000 km ke orbit

Wawasan 2020: Mengunakan platform laut, yang boleh digunakan pada pangkalan Bumi untuk lif
ke angkasa lepas.



Satelit NASA mengesan ribut seluas 90 batu di dasar laut.

Sebuah satelit NASA telah bejaya mengesan dan merakam imej ribut sebesar 90 batu persegi di bawah dasar laut.Pembentukkan pusaran air  seluas 90 batu lebar ini telah di kesan di luar pantai Afrika Selatan oleh satelit Terra.Namun di laporkan tidak menimbulkan ancaman kepada penduduk dunia.


Imej yang menakjubkan: pusaran seluas 90 batu persegi, dikesan di luar pantai Selatan Afrika oleh satelit NASA Terra, kelihatan berbahaya tetapi ia lebih cenderung untuk mengangkat segala isi hidupan dari dasar laut.
Ribut laut - yang lebih dikenali sebagai pusar - berbentuk pusaran pelik yang jauh di bawah permukaan lautan. Ini pusar melawan arah jam yang dinamakan Agulhas, yang mengalir di sepanjang pantai tenggara Afrika dan sekitar hujung Afrika Selatan.
Lihat dengan teliti: Imej terperinci dar satelit Terra menunjukkan pusaran yang berputar melawan arah jam.Air yang kelihatan sangat biru ditengah-tengah dalah pusat kepada ribut tersebut. 
Pusaran Agulhas - juga dipanggil 'cincin semasa' - cenderung untuk menjadi antara pusaran dan ribut yang terbesar di dunia, yang mampu mengangkut, air masin yang panas  dari Lautan Hindi ke Atlantik Selatan,dan segala hidupan laut yang berada di dasarnya. Fenomena aneh ini telah dilihat semasa satelit Terra menjalankan rutin hariannya untuk memeriksa warna imej Bumi.