Latest Updates
Tampilkan postingan dengan label Ragam Manusia. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Ragam Manusia. Tampilkan semua postingan

Gempar Wanita rogol 10 lelaki di Rusia


TAMBOV - Seorang wanita Rusia yang merupakan pengumpul filem ngeri dan labah-labah, Valeria K. dibicarakan di sebuah mahkamah di sini kerana memberi ubat tidur kepada 10 lelaki sebelum merogol mereka, lapor sebuah akhbar.

Polis terkejut apabila mendapati wanita berusia 32 tahun itu merogol 10 lelaki kerana dia memiliki perwatakan yang lemah lembut dan pendiam.(Gambar).

Wanita itu turut diberi jolokan Black Widow kerana minatnya terhadap labah-labah.

Menurut polis, Valeria akan berkenalan dengan mangsa sebelum menjemput dan memberi mereka minuman yang mengandungi bahan clonidine sehingga menyebabkan mangsanya tertidur hampir 24 jam.

Dia kemudian membuka pakaian dan merogol mangsa dengan mengikat kemaluan mereka dengan seutas tali.
Begini cara mangsa dirogol
Semua mangsanya itu hanya sedar ketika dirawat di hospital akibat keracunan clonidine selain mengalami trauma kerana zakar mereka diikat.
Namun, mereka dapat mengingati wajah seorang gadis cantik yang memberi minuman itu.

Polis berjaya mengenal pasti penjenayah tersebut dan menangkapnya selepas mangsa memberitahu rupa wanita itu.
Akhirnya Valeria tertangkap
Setakat ini, polis mengenal pasti 10 mangsa namun seorang daripada mereka enggan membuat laporan.

"Apa yang berlaku kepada diri saya adalah hebat. Saya suka wanita yang ganas. Saya cuma berharap dia tidak meracuni saya dengan clonidine," kata lelaki yang enggan membuat laporan polis itu. - Agensi

Thailand's Got Talent Buka Coli Dan Melukis Dengan Payudaranya


Duangjai Jansaunoi kelihatan gugup di atas pentas sebelum memulakan aksinya
Pertandingan pencarian bakat “Thailand''s Got Talent” yang disiarkan secara langsung di televisyen mendatangkan kontroversi di Thailand. Dalam tayangan tersebut, seorang peserta 
wanita bernama Duangjai Jansaunoi membuka colinya dan membasahkan payudaranya dengan cat dan melukis di kanvas menggunakan payudaranya sebagai berus.


Dalam acara yang disiarkan secara langsung dan tanpa ditapis itu, peserta wanita berusia 23 tahun tersebut mengenakan kemeja kotak-kotak dan seluar jeans. Pada mulanya dia kelihatan gugup ketika berada di atas pentas dan menghadapi juri. Kepada 3 juri, ia menyatakan ia hebat melukis. 




Ia memulakan aksinya dengan melukis gambar bentuk manusia


Kemudian ia berbalik membelakangi kamera, membuka kemeja dan colinya, dan menuang cat berwarna kuning, hijau, merah dan hitam ke payudaranya. Kemudian, ketika muzik dansa dimainkan, dia mengusapkan buah dadanya pada kanvas. Para penonton dan juri terlopong seperti tidak percaya apa yang berlaku di pentas.

Lalu ia membuka coli hitamnya  

Menteri Kebudayaan Thailand, Sukumol Khunploem, meminta produser untuk menghentikan acara yang ditayangkan dalam jam prime time. Dia mengatakan bahawa telanjang di tempat 
umum tidak dibenarkan diterima oleh budaya konservatif Thailand.

Menuangkan cat warna-warni ke payudaranya


Jreeeenggg...ia melukis dengan payudaranya!

"Mesti ada batasan untuk ekspresi seniman," kata Menteri Sukumol. Sambil mengatakan akan menemui para produser pada acara tersebut untuk meminta penjelasan.
Juri wanita ini terlopong . . .
Pornchita tidak sudi melihat wanita ini semasa dua juri lainnya memberikan pendapat
Perkara ini membuatkan salah seorang juri wanita, aktres  Pornchita Na Songkhla berjalan meninggalkan acara dan mengatakan pertunjukan itu tidak sesuai dengan budaya Thailand. 

Tapi dua juri lainnya (keduanya laki-laki) memutuskan apa yang dilakukan peserta ini adalah bentuk ekspresi seni dan membenarkan peserta wanita ini lulus ke episod seterusnya.
Dua juri lelaki ini meluluskan peserta wanita ini ke pertandingan seterusnya


Jom Lihat Video Aksi Yang xxx Ini . . .

Link

Penduduk Pakistan bidas Madonna

MADONNA membuat persembahan semasa konsert jelajahnya berlangsung di Pusat Staples, Los Angeles pada Rabu lalu.
LOS ANGELES - Penyanyi terkenal, Madonna dibidas oleh beberapa penduduk Pakistan ekoran tindakannya menanggalkan baju sebagai tanda sokongannya terhadap seorang gadis 
Pakistan yang cedera ditembak anggota kumpulan Taliban, lapor akhbar dalam talian MailOnline.

Gadis itu, Malala Yousafzai, 14, ditembak di bahagian kepala pada 9 Oktober lalu kerana dia menyokong hak pendidikan untuk golongan wanita.

Para peminat itu membidas perbuatan Madonna selepas mereka menyaksikan rakaman persembahannya di Pusat Staples di sini pada Rabu lalu.


Penyanyi lagu Material Girl itu menanggalkan baju dan mendedahkan coli serta seluar dalamnya semata-mata untuk menunjukkan rasa simpatinya terhadap Malala yang kini berada dalam keadaan parah di sebuah hospital.
Seorang rakyat Pakistan yang menghantar kenyataan di laman Twitter, menyatakan Madonna tidak menghormati Malala dan berharap gadis itu tidak diganggu.

Seorang lagi pengguna Twitter mengutuk Madonna kerana tindakannya dianggap tidak sesuai dan hanya mahu memperoleh populariti murahan.
Penyanyi itu sebelum ini pernah meminta para penonton menyokong Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama pada pilihan raya presiden yang akan diadakan pada 6 November depan.

Dia turut menunjukkan tatu nama Obama itu di belakang tubuhnya semasa dia membuat persembahan pada salah satu konsertnya pada September lalu di AS. - Agensi

Ketaksuban wanita cantik bak boneka

Anastasiya Shpagina Dari Ukraine
RAMBUTNYA panjang mengurai dan berwarna merah terang. Sepasang matanya tampak besar hasil teknik solekan yang menggunakan penggaris mata hitam manakala anak matanya bundar dengan kanta lekap warna ungu. Rias wajahnya tidak ubah seperti watak animasi Jepun apatah lagi memiliki badan langsing dan pinggang ramping.

Sekali pandang pasti ramai menyangka gadis bernama Anastasiya Shpagina, 19, mahu menyertai Cosplay iaitu festival kostum yang diadaptasi daripada komik manga, animasi TV atau permainan video. Festival itu sememangnya popular di Jepun.
Hakikatnya, itulah rupa dan penampilan terkini Anastasiya. Disebabkan terlalu meminati koleksi filem animasi Jepun atau anime, Anastasiya sanggup menjalani pembedahan plastik pada mata dan mengurangkan berat badannya sehingga 38 kilogram (kg).
Bagi mengekalkan pesona watak anime pada dirinya, Anastasiya dengan ketinggian 157 sentimeter sanggup menjalani rejim diet yang ketat dan meluangkan masa kira-kira sejam untuk merias wajah.
Penampilannya bak anime Jepun telah mencetuskan fenomena baharu di Ukraine walaupun ia bukanlah situasi pertama di negara tersebut. Namanya mula meniti dalam kalangan masyarakat tempatan dan turut menjadi bualan golongan remaja di Jepun sehingga peminatnya di Negara Matahari terbit menggelarnya dengan nama Jepun, Fukkacumi.
Namun perubahan sosok tubuh dan wajah Anastasiya mencetuskan perdebatan dalam blog dan laman sosial. Menerusi portal doubtfulnews.com, seorang pengguna yang bernama Molly menyifatkan semua wanita berhak untuk cantik dan kelihatan anggun seperti selebriti tetapi jangan sampai memudaratkan diri.
"Saya fikir tindakan Anastasiya berpenampilan bak anime Jepun membahayakan kesihatan terutamanya berat badannya tinggal 38 kilogram dan ukuran pinggangnya yang terlalu kecil tidak sesuai dengan tubuhnya.
"Bagi mendapatkan bentuk pinggang sebegitu dia terpaksa berdiet dan memakai bengkung yang ketat dalam tempoh yang panjang. Sebagai remaja, saya fikir Anastasiya tidak wajar menyiksa diri dengan memakai bengkung kerana ia boleh menjejaskan abdomennya," komen Molly.
Selain Anastasiya, kebanyakan wanita di negara itu sentiasa mendambakan wajah dan tubuh badan yang menawan.
SELAIN menyanyi dan menulis lagu Valeria (kanan) turut mengendalikan seminar kerohanian yang membantu anak-anak memahami diri sendiri.

Menafikan
 Valeria Lukyanova from Russia.
Ramai pihak yang mengkritik tindakan Valeria yang dianggap keterlaluan dan bodoh kerana untuk kelihatan cantik seperti Barbie memerlukannya menjalani pembedahan plastik secara holistik.
Pada masa yang sama, kebanyakan pakar pembedahan plastik menganggarkan sekurang-kurangnya Valeria telah menghabiskan wang sebanyak AS$100,000 (RM305,100) bagi mendapatkan hasil yang diingini.
Namun graduan jurusan arkitek dan binaan dari Odessa State Academy, Ukraine itu menafikan sekeras-kerasnya bahawa dia melakukan pembedahan plastik yang melampau.
"Saya kesal apabila orang ramai asyik mempertikaikan penampilan saya. Mereka kerap bertanyakan kos dan keadaan saya selepas menjalani pembedahan plastik sedangkan kecantikan yang dimiliki ini ialah semula jadi.
"Saya tidak melakukan sebarang pembedahan plastik sebaliknya menjalani gaya hidup yang sihat, tidak merokok, tidak mengambil alkohol dan menikmati makanan yang seimbang. Kesungguhan saya untuk cantik sangat tinggi dan saya seorang yang berdisiplin," ujar gadis yang memiliki anak mata berwarna kelabu. Bagaimanapun, untuk meniru seperti Barbie dia memakai kanta lekap rona biru dan bersolek selama sejam.
Sama seperti wanita lain, Valeria juga sibuk dengan karier dan tugasan harian. Selain menyanyi, dia juga aktif menulis lagu berunsurkan kerohanian.
RUPA paras dan bentuk fizikal Valeria saling tak tumpah seperti anak patung Barbie.

Surgeri plastik

"Setakat ini saya sudah menulis 70 buah lagu dan akan tampil dengan album pertama tidak lama lagi. Saya memiliki vokal yang besar dan boleh menyanyi soprano," ujar Valeria yang gemar menyarungkan pakaian seksi.
Valeria Lukyanova
Mengulas lanjut mengenai isu pembedahan plastik yang semakin berleluasa pada hari ini, Dr. David Mosier yang merupakan ahli Persatuan Pembedahan Plastik Amerika (ASPS) menyatakan proses tersebut menjadi pilihan golongan wanita berbanding lelaki.

Tertekan dek sikap masyarakat yang lebih meminati dan menghargai individu yang cantik telah menyebabkan 80 peratus golongan wanita muda bertekad menjalani pembedahan plastik.

"Mereka menyifatkan keyakinan diri akan wujud apabila memiliki fizikal menawan. Atas faktor itu mereka sanggup berbelanja tinggi semata-mata untuk mengubah wajah dan bentuk badan agar tampil sempurna. Lazimnya golongan ini obses meniru kecantikan selebriti dan boneka.


"Fenomena ini mempamerkan bahawa pembedahan kosmetik membantu orang ramai berasa yakin di khalayak. Padahal ia bukanlah pilihan terbaik bagi jangka masa panjang. Ini disebabkan hari demi hari mereka akan ketagih untuk melakukan lebih banyak pembedahan apabila teruja melihat hasil kecantikan pada fasa pertama," jelas Mosier yang turut menjelaskan tentang risiko dan kesan sampingan akibat pembedahan plastik.

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh ASPS pada tahun 2007, satu pertiga daripada pesakit yang melakukan pembedahan plastik menderita komplikasi yang sukar diubati. Selain jangkitan, parut kekal dan pendarahan serius ada kemungkinan mereka berhadapan dengan kematian.

Menurut Mosier, salah seorang pesakitnya Lorraine Batt, 36, mati semasa menjalani pembedahan plastik abdominoplasti iaitu prosedur mengepil kulit perut berlebihan.
"Jika komplikasi kecil pakar mungkin dapat memberikan rawatan sewajarnya, namun apa yang membimbangkan jika pesakit mengalami jangkitan serius yang boleh membawa maut.

"Antaranya pesakit mungkin berhadapan dengan penyakit kulit dan risiko penyakit jantung serta jangkitan pada otak jika menggunakan ubat bius melebihi had," tegas Presiden ASPS, Dr. Malcom Roth yang menentang tindakan Valeria Lukyanova yang mengubah wajah dan bentuk badan persis boneka Barbie. Dia menyifatkan pembedahan plastik secara drastik membantutkan tumbesaran dan kematangan seseorang.

LINK


Awas ! Dendam nak sebar sifilis


KUALA LUMPUR: “Daripada sakit sendirian, biar semuanya sakit,” kata Chi, 16, gadis Vietnam penghidap penyakit kelamin kronik yang dieksploitasi sebagai pekerja seks selepas diperangkap sindiket pelacuran.


Berkongsi kisah hitamnya dengan Harian Metro, Chi mendakwa dia dipaksa menjadi pekerja seks di Malaysia selepas terperangkap dengan janji manis sindiket pelacuran yang menawarkan pekerjaan sebagai model atau kerani dengan bayaran mencecah RM3,000 sebulan.
Menurutnya, sejak dipaksa menjadi pekerja seks, dia mula berdendam dengan lelaki dan hanya berpura-pura gembira ketika melayani mereka di ranjang.
“Jika tidak berbuat demikian, saya dipukul bapa ayam. Jadi, mahu tidak mahu, saya terpaksa layan mereka,” katanya memberitahu dia turut dipaksa mengambil ubat yang membolehkannya melayan 10 lelaki dalam satu malam.

link

Gadis terkejut dicabul bapa jam 4 pagi


KUALA LUMPUR: Harapkan pagar, pagar makan padi. Itu perumpamaan sesuai untuk menggambarkan tindakan seorang bapa kandung yang mencabul dan cuba merogol anak perempuan tunggalnya yang tinggal bersamanya sejak kematian isterinya sebelum melarikan wang tunai bernilai RM1,000 yang disimpan mangsa untuk perbelanjaan perkahwinan dalam kejadian di Pantai Dalam.


Mangsa berusia 19 tahun yang bekerja di sebuah pusat beli-belah dibawa pulang dari kerja oleh bapanya itu kira-kira jam 3 petang.


Ketika itu, bapa mangsa yang berusia 50-an tidak menunjukkan sebarang perlakuan pelik kepada mangsa dan mereka berdua makan di rumah seperti biasa.

Sumber polis berkata, selepas menonton televisyen berdua, mangsa masuk ke biliknya untuk tidur manakala bapa mangsa pula tidur di ruang tamu rumah namun kira-kira jam 4 pagi, mangsa tersedar dari tidur selepas merasakan pahanya diraba.
“Mangsa yang ketakutan menjerit memanggil bapanya namun dia terkejut selepas nampak individu yang merabanya itu adalah bapanya sendiri,” katanya.

LINK

Janda hidap penyakit ketagih seks


BARWELL - Seorang wanita di Britain, Donna Glover (gambar) menghidap penyakit ganjil iaitu ketagih untuk berasmara, lapor sebuah akhbar.

Akibat penyakit yang dikenali sebagai Sindrom Kleine-Levine (KLS), Donna yang merupakan janda beranak satu berusia 40 tahun itu terdesak untuk melakukan hubungan seks dengan mana-mana lelaki termasuk orang asing.


"Apabila saya diserang penyakit itu, saya mahu berasmara tanpa mengira masa dan tempat," kata Donna.
Wanita itu yang berasal dari sini, England, menghidap KLS sejak berusia belasan tahun tetapi penyakit tersebut yang menyerang seorang daripada setiap enam juta manusia berjaya dikesan oleh seorang doktor hanya pada tahun lalu.
Donna Glover
"Saya juga pernah berasmara di mana-mana sahaja termasuk rumah, hotel dan di dalam kereta," jelasnya.


Kini, dia yang telah mengetahui cara mengenai simptom-simptom KLS akan membuang bateri telefon, mengelak daripada melayari Internet dan berkurung di rumah apabila merasai penyakit itu akan menyerangnya.

Simptom paling dominan penyakit itu adalah pesakit akan tidur dalam tempoh yang panjang iaitu sehingga 18 jam sehari selain mengalami perubahan tingkah laku termasuk peningkatan nafsu seks mendadak.

Penyakit tersebut yang dipercayai berpunca daripada ketidakseimbangan bahan kimia dalam otak turut menyebabkan pesakitnya mempunyai nafsu makan yang kuat. - Agensi

Alamcyber 2020 - Hmmm . . . macam-macam penyakit zaman moden ni, Penyakit yang macam ni pun ada.

LINK


Budak 20 bulan menyusu dari seekor lembu

Kita atau anak-anak kita sudah biasa minum susu lembu dalam tin.Tetap seorang anak kecil berusia 20 bulan dari Kemboja ini hidup dengan menyusu terus dari seekor lembu. Memang pelik kan tapi itulah kenyataanya. Tha Sophat, mula menyusu terus dari lembu selepas sering melihat anak lembu melakukan perkara yang sama.

Datuknya, Um Oeung, Koak Roka kampung, Siem Reap wilayah, berkata beliau sering menarik budak lelaki itu dari terus menyusu dari lembu itu pada mulanya.Tetapi dia mengalah selepas cucunya menangis dan merengek kuat, Semenjak itu dia telah menyusu dari lembu sekali atau dua kali sehari.

Tha Sophat telah tinggal dengan datuk dan neneknya sejak ibu bapanya berpindah ke Thailand untuk mencari kerja. Um Oeung berkata lembu tidak keberatan menyusukan cucunya seperti anaknya sendiri. Hmmm...macam-macam ragam manusia ni.

LIHAT VIDEO YANG UNIK INI :