Latest Updates
Tampilkan postingan dengan label MISTERI DAN GANJIL. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label MISTERI DAN GANJIL. Tampilkan semua postingan

Seram diganggu kelibat 'pocong'


KERIAN - Penduduk kampung tersusun Raja Bashah Kuala Kurau, di sini gempar dengan gangguan kelibat lembaga berkain putih atau dikenali sebagai hantu ‘pocong’ sehingga menyebabkan sebahagian besar mereka takut keluar rumah terutama waktu malam.

Seorang saksi kejadian, Mohd Desa Ahmad, 52, berkata, cerita kewujudan hantu itu mula tersebar di seluruh kampung sejak tiga bulan lalu apabila sebanyak tiga kes penemuan lembaga berkenaan dilaporkan sehingga kini.

Menurutnya, pengalaman terserempak dengan lembaga menyerupai hantu pocong benar-benar memberi igauan buruk setelah sebelum ini menganggap dakwaan beberapa penduduk sebagai tidak berasas.

“Kejadian itu berlaku semasa saya sedang mengambil angin di luar rumah baru-baru ini dan tercium bau aneh seakan-akan bau tanah kubur sewaktu sedang menghisap rokok.
“Pada masa sama, saya mendapati terdapat sebuah motosikal sedang melintasi hadapan rumah dan alangkah terkejutnya apabila terdapat satu objek berbungkus kain putih sedang ‘membonceng’ motosikal itu tanpa disedari penunggangnya,” katanya sewaktu ditemui Sinar Harian di rumahnya di sini semalam.

Mohd Desa berkata, dia tergamam melihat objek berbungkus itu buat seketika, bagaimanapun keadaan menjadi lebih mengerikan apabila muncul di hadapannya secara tiba-tiba.


“Sedang saya tergamam melihat kejadian itu, tiba-tiba objek itu hilang dan paling memeranjatkan, lembaga itu muncul di hadapan saya dalam jarak 10 meter.

“Hanya Allah yang tahu perasaan saya ketika ini dan saya segera meluru masuk ke dalam rumah dan menutup semua tingkap serta pintu tanpa berfikir panjang,” katanya.

Seorang lagi saksi kejadian, Salleh Mat, 58, berkata, semasa kejadian dia bersama isteri dan anak-anaknya sedang berehat di ruang tamu sambil menonton televisyen pada jam 11 malam.

“Pada masa itu saya hendak menutup pintu belakang rumah kerana sudah lewat malam. Saya perasan ada kelibat seseorang di luar rumah berpakaian serba putih namun tidak berapa jelas kerana keadaan pada masa itu terlalu gelap.

“Saya pun turun dari rumah dan memberanikan diri untuk melihat dengan lebih dekat. Bagaimanapun, kelibat lembaga itu merupakan sebuah objek berbungkus yang menyerupai tubuh mayat yang dikafankan,” katanya.
Salleh yang terperanjat dengan kejadian itu terus memasuki rumah dan mengunci semua pintu dan tingkap sehingga menimbulkan kehairanan isteri dan anak-anaknya.

“Saya yakin lembaga yang saya lihat merupakan hantu pocong berdasarkan bentuk sama seperti manusia yang dikafankan di mana kain yang membaluti tubuh amat pudar selain mempunyai satu ikatan di atas kepala,” katanya.

Sementara itu, sumber dari penduduk asal kampung menceritakan kejadian ini dikatakan sering berlaku semasa pembukaan kampung ini sekitar tahun 1980-an sebelum isu itu lenyap beberapa tahun kemudian.

Bagaimanapun, kejadian penduduk ‘diganggu’ hantu pocong berulang kembali dipercayai berpunca perlaksanaan projek penempatan semula penduduk kampung yang dikatakan ‘mengganggu’ kediaman asal makhluk halus di sini.

“Berdasarkan cerita orang tua sebelum ini, kampung ini sebelum dibuka dipenuhi hutan nipah dan hutan paya bakau. Dikatakan pelbagai perkara buruk berlaku semasa pembukaan kampung.
Laluan keluar masuk penduduk yang dikelilingi hutan bakau dan nipah.
“Ia disebabkan di kawasan hutan nipah ini terdapat banyak kubur-kubur lama yang tidak bertanda selain sebuah kubur ‘keramat’ yang dikatakan turut terletak di kawasan kampung kami,” katanya.

Seorang lagi penduduk yang ingin dikenali sebagai Radhi berkata, lokasi pangkalan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kuala Kurau dan kawasan sekitarnya dikatakan berasal dari tapak perkuburan lama yang banyak terdapat di kawasan itu.

“Semasa pembinaan pangkalan itu, terdapat gangguan sebegini dialami penduduk kampung sebelum perkara sama berulang kembali sejak tiga bulan.

“Kami tidak menolak kemungkinan ‘kemunculan’ kembali makhluk berkenaan disebabkan kerja pembinaan penempatan semula penduduk kampung yang sedang dijalankan yang dipercayai menyebabkan makhluk itu ‘marah’ dan mengganggu kami,” katanya.

Link

Gempar Pokok Nangka Berbuah Pisang

Mungkin ada hikmah disebalik kejadian pelik ini
Penemuan sebatang pokok nangka di sebuah kampung yang bernama Cilubang, Kecamatan Cicantayan, Sukabumi Indonesia telah menimbulkan kegemparan penduduk sekitarnya. Ini kerana pokok nangka itu telah berbuahkan pisang, menambahkan pelik lagi jika dimakan nangka berbentuk pisang itu mempunyai rasa seperti buah durian pula. 

Menurut pemilik pokok nangka itu Sirojudin “Pohon nangka ini untuk kedua kalinya berbuahkan pisang dengan rasa durian. Bagi saya, (ini) merupakan anugurah Allah SWT,” katanya kepada wartawan. kerana ramainya orang yang melihat nangka pelik ini, Pemilik pokok nangka ini Sirojudin telah meletakkan kotak amal di kebunnya. “Hasil sedekah dari orang ramai ini, Insya Allah digunakan untuk pembangunan pusat keagamaan disini,” katanya lagi. 
Sirojudin menunjukkan pokok nangka berbuah pisang

Aneh ! buah nangka ini sangat mirip seperti buah pisang

Sentiasa menjadi perhatian penduduk setempat

LIHAT VIDEO :

Gempar Misteri kawah gergasi

BEBERAPA penduduk menyaksikan satu kawah yang terbentuk dipercayai akibat hentaman tahi bintang di sebuah padang dekat Mazsalaca, Latvia.

RIGA, Latvia - Penduduk di utara Latvia gempar apabila sebuah kawah besar terbentuk dipercayai akibat dihentam sebutir tahi bintang, lapor sebuah akhbar.

Kejadian itu berlaku dekat sebuah rumah ladang dekat bandar Mazsalaca dalam daerah Valmiera berhampiran dengan sempadan Estonia, 798 kilometer ke tenggara Moscow, Rusia.

Ia menghasilkan kawah sedalam lima meter dan selebar 15 meter, namun saksi-saksi berkata, mereka mendengar bunyi kuat seperti sebuah pesawat terbang yang rendah sebelum kawah tersebut terbentuk.
Seorang jurucakap perkhidmatan bomba Latvia berkata, satu unit pengesan kimia dari pasukan tentera telah menguji kesan objek tersebut dan mendapati paras radiasi masih normal.
Anggota polis membuat kepungan di sekitar kawasan tersebut sementara menunggu pakar geologi dari Universiti Latvia tiba bagi mengesahkan sama ada objek itu ialah tahi bintang. - Agensi

LIHAT VIDEO :

Pekerja Binaan Rakam Pontianak Di KM 97 Lebuhraya Tol Cipularang

Seorang pekerja binaan yang sedang bekerja di KM 97 lebuhraya Tol Cipularang, Jakarta secara tidak sengaja telah berjaya merakam video situasi yang sangat menyeramkan dengan talipon bimbitnya, Iaitu susuk lembaga putih yang sedang berdiri di tepi lebuhraya.


 Dalam rakaman video itu secara tiba-tiba lembaga putih itu kelihatan melayang di udara. Walaupun dalam ketakutan pekerja binaan ini terus memberanikan diri merakam kejadian tersebut. Lebuhraya Tol Cipularang adalah kawasan paling keras dan setiap hari berlaku kemalangan maut. Pemandu lebuhraya ini juga sering di ganggu lembaga putih di percayai pontianak. Sila lihat video ini untuk mengetahui lebih lanjut.
Km 97 Tol Cipularang,Jakarta sering terjadinya kemalangan maut
Lihat Video Berikut :


Video siasatan wartawan di sebalik misteri di Km 97 Tol Cipularang . . .

Misteri Jumpa keris melekat pada akar kayu

Keris yang ditemui melekat pada akar pokok kucing galak. Gambar kecil: Nasir Othman.

SEBERANG PERAI UTARA - Misteri Jumpa keris melekat pada akar kayu ?. Seorang pengamal perubatan terkejut menemui sebilah keris lama berukuran 15 sentimeter (cm) terlekat pada akar sebatang pokok yang dicabutnya untuk tujuan perubatan di kawasan semak di belakang perumahan penduduk di Kampung Bagan Ajam di sini, kelmarin.


Nasir Othman, 65, yang juga pesara tentera sering menjadikan kawasan berkenaan untuk mendapatkan pokok kucing galak yang dijadikan ubat merawat pelbagai penyakit kucing sejak lima tahun lalu.

Lebih mengejutkan, katanya, keris dengan anggaran berat 10 gram itu amat sukar dipisahkan dari akar Pokok berkenaan.

“Jika nak diikutkan akar pokok ini sepertimana pokok renek lain yang mudah putus apabila ditarik kerana ia bersaiz kecil, namun usaha saya memisahkan keris dari akar pokok ini selepas menemuinya, semalam, menjadi sukar.

“Sebagai orang lama yang turut mengamalkan perubatan tradisional, saya tahu keris yang dianggarkan berusia puluhan tahun ini agak ‘keras’ dan istimewa," katanya.

Nasir yang pernah berkhidmat dalam angkatan tentera laut berkata, penemuan keris berlok tiga itu turut menimbulkan misteri pada dirinya, kerana sebaik dibawa pulang dan dibasuh kesihatan dirinya tiba-tiba berubah.

“Selesai membasuhnya dan sewaktu hendak dilap menggunakan kain kepala saya tiba-tiba terasa berat sebelum pening dan rasa nak muntah serta hampir pitam.

“Menghairankan, keris itu tiba-tiba kering dan turut menitiskan air dari hujungnya, walaupun lekuk dan loknya tidak ada tempat simpanan air,” katanya.

Nasir, yang mempunyai sedikit pengetahuan berkaitan penjagaan barangan misteri kemudiannya mendapatkan sehelai kain kuning untuk membalut keris itu.

“Sebaik dibalut, air titisan itu berhenti dan kesihatan saya kembali normal membuatkan saya beranggapan keris ini sememangnya istimewa dan perlukan penjagaan rapi.

“Sejak malam semalam, sebaik penemuannya diketahui umum, rumah saya mula dipenuhi orang ramai yang ingin melihatnya. Malah ada antara mereka sanggup menawarkan harga tinggi untuk memilikinya,” katanya yang tidak berhajat menjualnya.

Menurutnya, dia juga mengalami mimpi buruk semalam apabila diingatkan berkali-kali oleh satu suara ghaib supaya menyimpan keris itu dengan baik dan tidak menyalah gunakannya.

“Sebaik terjaga, jantung saya berdegup kencang, manakala hampir keseluruhan tubuh dibasahi peluh menyebabkan cadar yang dijadikan alas katil turut basah.

“Kejadian pelik sebaik keris itu ditemui merupakan kali pertama dialami dan saya percaya ia ada kena mengena dengan senjata penting yang digunakan oleh anggota masyarakat terdahulu ini,” katanya.

Katanya, dia akan menyimpan keris itu dan tidak menolak kemungkinan ia boleh digunakan sebagai antara peralatan penting semasa menjalankan perubatan tradisional terhadap pelanggan yang datang berubat dengannya selepas ini.

Link

Gempar Buah Nangka Berwajah Manusia ( Video )

Buah nangka ini agak pelik dari buah nangka yang lain. Buah nangka ini sangat mirip kepada wajah manusia, mempunyai dua biji mata, pipi, hidung dan juga mulut. Buah nangka pelik ini di jumpai oleh seorang kanak-kanak berusia 10 tahun yang bernama hakim di belakang rumahnya. Kemudian dia memberitahu ayahnya Pak Mates, ayahnya terkejut apabila melihat buah nangka berwajah manusia itu.

Penemuan buah nangka pelik ini menjadi heboh di kampungnya di kampung Haur Kuning, Bogor Jawa Barat. Maka ramailah orang yang datang kerumahnya untuk melihat nangka pelik itu.

Lihat Video Buah Nangka Berwajah Manusia :

Seram Kelibat Naga Di Langit Jiangxi China

Seorang pemuda dari Fuzhou China timur, Daerah Jiangxi mendakwa telah mengambil gambar naga terbang dilangit. Menurut Guan Mulin dia mengambil gambar tersebut semasa dia sedang memandu kereta.

Dia berkata “Saya sedang memandu dan saya melihat orang-orang melihat ke atas, jadi saya berhentikan kereta saya dan melihatnya”

Guan berkata dia melihat naga terbang diatas awan “ia kelihatan seperti 2 ekor naga berenang-renang di langit, atau  seperti seekor naga dengan kepala dan ekornya yang muncul dari balik awan”

Guan menambah kejadian itu berlaku selama beberapa minit sebelum akhirnya naga itu menghilang.

Lihat Video Amatur Yang Sempat Dirakam . . .




Alamcyber2020 - Fenomena ini menurut ahli sains memang wujud, makhluk aneh dan misteri yang terbang di balik awan itu digelar "ROD" ataupun "SKYFISH". Sehingga kini misteri ini masih belum dapat di rungkai oleh saintis. 

Link

Video Bongkah Batu Menyerupai Bayi Boleh Menangis

GARUT, Jawa Barat - Sebiji bongkah batu di dalam sebuah kolam yang telah kering di Kampung Pananjung dekat sini didapati menyerupai wajah seorang bayi.Malah, batu itu dilihat boleh berubah-ubah dalam lingkungan jarak dua meter.

Dadan Supriatna, pengunjung dari Cimahi, Bandung berkata, jika diperhatikan, batu menyerupai wajah bayi itu mampu menunjukkan sama ada ekspresi sedih atau ceria.
Pengunjung melihat bongkah batu yang menyerupai wajah bayi di Garut, Jawa Barat, baru-baru ini. - AGENSI
''Beberapa kali saya mengambil gambarnya, batu itu berubah-ubah sama ada menunjukkan wajah bayi yang sedang kesedihan atau ceria,'' katanya kepada detikNews.

Menurut penduduk setempat, Ny. Atin, 35, terdapat beberapa lagi bongkah batu di dalam kolam yang telah kering itu.

''Rumah saya hanya 50 meter dari kolam itu. Jadi, saya dapat melihat dengan jelas batu itu menyerupai wajah seorang bayi,'' katanya.

Penduduk di sekitar lokasi mengaku kerap mendengar suara tangisan dari batu tersebut. Air juga keluar dari celah batu yang mirip dengan wajah anak kecil itu.

Menurut saksi Jumhur yang juga penduduk di situ,Suara tangisan biasanya kedengaran pada malam jumaat sahaja.

Jom Lihat Video . . .

 Perasaan ingin tahu telah membuatkan kawasan itu mula dikunjungi ramai orang.