Latest Updates
Tampilkan postingan dengan label MISTERI DAN GANJIL. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label MISTERI DAN GANJIL. Tampilkan semua postingan

Seram diganggu kelibat 'pocong'


KERIAN - Penduduk kampung tersusun Raja Bashah Kuala Kurau, di sini gempar dengan gangguan kelibat lembaga berkain putih atau dikenali sebagai hantu ‘pocong’ sehingga menyebabkan sebahagian besar mereka takut keluar rumah terutama waktu malam.

Seorang saksi kejadian, Mohd Desa Ahmad, 52, berkata, cerita kewujudan hantu itu mula tersebar di seluruh kampung sejak tiga bulan lalu apabila sebanyak tiga kes penemuan lembaga berkenaan dilaporkan sehingga kini.

Menurutnya, pengalaman terserempak dengan lembaga menyerupai hantu pocong benar-benar memberi igauan buruk setelah sebelum ini menganggap dakwaan beberapa penduduk sebagai tidak berasas.

“Kejadian itu berlaku semasa saya sedang mengambil angin di luar rumah baru-baru ini dan tercium bau aneh seakan-akan bau tanah kubur sewaktu sedang menghisap rokok.
“Pada masa sama, saya mendapati terdapat sebuah motosikal sedang melintasi hadapan rumah dan alangkah terkejutnya apabila terdapat satu objek berbungkus kain putih sedang ‘membonceng’ motosikal itu tanpa disedari penunggangnya,” katanya sewaktu ditemui Sinar Harian di rumahnya di sini semalam.

Mohd Desa berkata, dia tergamam melihat objek berbungkus itu buat seketika, bagaimanapun keadaan menjadi lebih mengerikan apabila muncul di hadapannya secara tiba-tiba.


“Sedang saya tergamam melihat kejadian itu, tiba-tiba objek itu hilang dan paling memeranjatkan, lembaga itu muncul di hadapan saya dalam jarak 10 meter.

“Hanya Allah yang tahu perasaan saya ketika ini dan saya segera meluru masuk ke dalam rumah dan menutup semua tingkap serta pintu tanpa berfikir panjang,” katanya.

Seorang lagi saksi kejadian, Salleh Mat, 58, berkata, semasa kejadian dia bersama isteri dan anak-anaknya sedang berehat di ruang tamu sambil menonton televisyen pada jam 11 malam.

“Pada masa itu saya hendak menutup pintu belakang rumah kerana sudah lewat malam. Saya perasan ada kelibat seseorang di luar rumah berpakaian serba putih namun tidak berapa jelas kerana keadaan pada masa itu terlalu gelap.

“Saya pun turun dari rumah dan memberanikan diri untuk melihat dengan lebih dekat. Bagaimanapun, kelibat lembaga itu merupakan sebuah objek berbungkus yang menyerupai tubuh mayat yang dikafankan,” katanya.
Salleh yang terperanjat dengan kejadian itu terus memasuki rumah dan mengunci semua pintu dan tingkap sehingga menimbulkan kehairanan isteri dan anak-anaknya.

“Saya yakin lembaga yang saya lihat merupakan hantu pocong berdasarkan bentuk sama seperti manusia yang dikafankan di mana kain yang membaluti tubuh amat pudar selain mempunyai satu ikatan di atas kepala,” katanya.

Sementara itu, sumber dari penduduk asal kampung menceritakan kejadian ini dikatakan sering berlaku semasa pembukaan kampung ini sekitar tahun 1980-an sebelum isu itu lenyap beberapa tahun kemudian.

Bagaimanapun, kejadian penduduk ‘diganggu’ hantu pocong berulang kembali dipercayai berpunca perlaksanaan projek penempatan semula penduduk kampung yang dikatakan ‘mengganggu’ kediaman asal makhluk halus di sini.

“Berdasarkan cerita orang tua sebelum ini, kampung ini sebelum dibuka dipenuhi hutan nipah dan hutan paya bakau. Dikatakan pelbagai perkara buruk berlaku semasa pembukaan kampung.
Laluan keluar masuk penduduk yang dikelilingi hutan bakau dan nipah.
“Ia disebabkan di kawasan hutan nipah ini terdapat banyak kubur-kubur lama yang tidak bertanda selain sebuah kubur ‘keramat’ yang dikatakan turut terletak di kawasan kampung kami,” katanya.

Seorang lagi penduduk yang ingin dikenali sebagai Radhi berkata, lokasi pangkalan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kuala Kurau dan kawasan sekitarnya dikatakan berasal dari tapak perkuburan lama yang banyak terdapat di kawasan itu.

“Semasa pembinaan pangkalan itu, terdapat gangguan sebegini dialami penduduk kampung sebelum perkara sama berulang kembali sejak tiga bulan.

“Kami tidak menolak kemungkinan ‘kemunculan’ kembali makhluk berkenaan disebabkan kerja pembinaan penempatan semula penduduk kampung yang sedang dijalankan yang dipercayai menyebabkan makhluk itu ‘marah’ dan mengganggu kami,” katanya.

Link

Gempar Pokok Nangka Berbuah Pisang

Mungkin ada hikmah disebalik kejadian pelik ini
Penemuan sebatang pokok nangka di sebuah kampung yang bernama Cilubang, Kecamatan Cicantayan, Sukabumi Indonesia telah menimbulkan kegemparan penduduk sekitarnya. Ini kerana pokok nangka itu telah berbuahkan pisang, menambahkan pelik lagi jika dimakan nangka berbentuk pisang itu mempunyai rasa seperti buah durian pula. 

Menurut pemilik pokok nangka itu Sirojudin “Pohon nangka ini untuk kedua kalinya berbuahkan pisang dengan rasa durian. Bagi saya, (ini) merupakan anugurah Allah SWT,” katanya kepada wartawan. kerana ramainya orang yang melihat nangka pelik ini, Pemilik pokok nangka ini Sirojudin telah meletakkan kotak amal di kebunnya. “Hasil sedekah dari orang ramai ini, Insya Allah digunakan untuk pembangunan pusat keagamaan disini,” katanya lagi. 
Sirojudin menunjukkan pokok nangka berbuah pisang

Aneh ! buah nangka ini sangat mirip seperti buah pisang

Sentiasa menjadi perhatian penduduk setempat

LIHAT VIDEO :

Gempar Misteri kawah gergasi

BEBERAPA penduduk menyaksikan satu kawah yang terbentuk dipercayai akibat hentaman tahi bintang di sebuah padang dekat Mazsalaca, Latvia.

RIGA, Latvia - Penduduk di utara Latvia gempar apabila sebuah kawah besar terbentuk dipercayai akibat dihentam sebutir tahi bintang, lapor sebuah akhbar.

Kejadian itu berlaku dekat sebuah rumah ladang dekat bandar Mazsalaca dalam daerah Valmiera berhampiran dengan sempadan Estonia, 798 kilometer ke tenggara Moscow, Rusia.

Ia menghasilkan kawah sedalam lima meter dan selebar 15 meter, namun saksi-saksi berkata, mereka mendengar bunyi kuat seperti sebuah pesawat terbang yang rendah sebelum kawah tersebut terbentuk.
Seorang jurucakap perkhidmatan bomba Latvia berkata, satu unit pengesan kimia dari pasukan tentera telah menguji kesan objek tersebut dan mendapati paras radiasi masih normal.
Anggota polis membuat kepungan di sekitar kawasan tersebut sementara menunggu pakar geologi dari Universiti Latvia tiba bagi mengesahkan sama ada objek itu ialah tahi bintang. - Agensi

LIHAT VIDEO :

Pekerja Binaan Rakam Pontianak Di KM 97 Lebuhraya Tol Cipularang

Seorang pekerja binaan yang sedang bekerja di KM 97 lebuhraya Tol Cipularang, Jakarta secara tidak sengaja telah berjaya merakam video situasi yang sangat menyeramkan dengan talipon bimbitnya, Iaitu susuk lembaga putih yang sedang berdiri di tepi lebuhraya.


 Dalam rakaman video itu secara tiba-tiba lembaga putih itu kelihatan melayang di udara. Walaupun dalam ketakutan pekerja binaan ini terus memberanikan diri merakam kejadian tersebut. Lebuhraya Tol Cipularang adalah kawasan paling keras dan setiap hari berlaku kemalangan maut. Pemandu lebuhraya ini juga sering di ganggu lembaga putih di percayai pontianak. Sila lihat video ini untuk mengetahui lebih lanjut.
Km 97 Tol Cipularang,Jakarta sering terjadinya kemalangan maut
Lihat Video Berikut :


Video siasatan wartawan di sebalik misteri di Km 97 Tol Cipularang . . .

Misteri Jumpa keris melekat pada akar kayu

Keris yang ditemui melekat pada akar pokok kucing galak. Gambar kecil: Nasir Othman.

SEBERANG PERAI UTARA - Misteri Jumpa keris melekat pada akar kayu ?. Seorang pengamal perubatan terkejut menemui sebilah keris lama berukuran 15 sentimeter (cm) terlekat pada akar sebatang pokok yang dicabutnya untuk tujuan perubatan di kawasan semak di belakang perumahan penduduk di Kampung Bagan Ajam di sini, kelmarin.


Nasir Othman, 65, yang juga pesara tentera sering menjadikan kawasan berkenaan untuk mendapatkan pokok kucing galak yang dijadikan ubat merawat pelbagai penyakit kucing sejak lima tahun lalu.

Lebih mengejutkan, katanya, keris dengan anggaran berat 10 gram itu amat sukar dipisahkan dari akar Pokok berkenaan.

“Jika nak diikutkan akar pokok ini sepertimana pokok renek lain yang mudah putus apabila ditarik kerana ia bersaiz kecil, namun usaha saya memisahkan keris dari akar pokok ini selepas menemuinya, semalam, menjadi sukar.

“Sebagai orang lama yang turut mengamalkan perubatan tradisional, saya tahu keris yang dianggarkan berusia puluhan tahun ini agak ‘keras’ dan istimewa," katanya.

Nasir yang pernah berkhidmat dalam angkatan tentera laut berkata, penemuan keris berlok tiga itu turut menimbulkan misteri pada dirinya, kerana sebaik dibawa pulang dan dibasuh kesihatan dirinya tiba-tiba berubah.

“Selesai membasuhnya dan sewaktu hendak dilap menggunakan kain kepala saya tiba-tiba terasa berat sebelum pening dan rasa nak muntah serta hampir pitam.

“Menghairankan, keris itu tiba-tiba kering dan turut menitiskan air dari hujungnya, walaupun lekuk dan loknya tidak ada tempat simpanan air,” katanya.

Nasir, yang mempunyai sedikit pengetahuan berkaitan penjagaan barangan misteri kemudiannya mendapatkan sehelai kain kuning untuk membalut keris itu.

“Sebaik dibalut, air titisan itu berhenti dan kesihatan saya kembali normal membuatkan saya beranggapan keris ini sememangnya istimewa dan perlukan penjagaan rapi.

“Sejak malam semalam, sebaik penemuannya diketahui umum, rumah saya mula dipenuhi orang ramai yang ingin melihatnya. Malah ada antara mereka sanggup menawarkan harga tinggi untuk memilikinya,” katanya yang tidak berhajat menjualnya.

Menurutnya, dia juga mengalami mimpi buruk semalam apabila diingatkan berkali-kali oleh satu suara ghaib supaya menyimpan keris itu dengan baik dan tidak menyalah gunakannya.

“Sebaik terjaga, jantung saya berdegup kencang, manakala hampir keseluruhan tubuh dibasahi peluh menyebabkan cadar yang dijadikan alas katil turut basah.

“Kejadian pelik sebaik keris itu ditemui merupakan kali pertama dialami dan saya percaya ia ada kena mengena dengan senjata penting yang digunakan oleh anggota masyarakat terdahulu ini,” katanya.

Katanya, dia akan menyimpan keris itu dan tidak menolak kemungkinan ia boleh digunakan sebagai antara peralatan penting semasa menjalankan perubatan tradisional terhadap pelanggan yang datang berubat dengannya selepas ini.

Link

Gempar Buah Nangka Berwajah Manusia ( Video )

Buah nangka ini agak pelik dari buah nangka yang lain. Buah nangka ini sangat mirip kepada wajah manusia, mempunyai dua biji mata, pipi, hidung dan juga mulut. Buah nangka pelik ini di jumpai oleh seorang kanak-kanak berusia 10 tahun yang bernama hakim di belakang rumahnya. Kemudian dia memberitahu ayahnya Pak Mates, ayahnya terkejut apabila melihat buah nangka berwajah manusia itu.

Penemuan buah nangka pelik ini menjadi heboh di kampungnya di kampung Haur Kuning, Bogor Jawa Barat. Maka ramailah orang yang datang kerumahnya untuk melihat nangka pelik itu.

Lihat Video Buah Nangka Berwajah Manusia :

Seram Kelibat Naga Di Langit Jiangxi China

Seorang pemuda dari Fuzhou China timur, Daerah Jiangxi mendakwa telah mengambil gambar naga terbang dilangit. Menurut Guan Mulin dia mengambil gambar tersebut semasa dia sedang memandu kereta.

Dia berkata “Saya sedang memandu dan saya melihat orang-orang melihat ke atas, jadi saya berhentikan kereta saya dan melihatnya”

Guan berkata dia melihat naga terbang diatas awan “ia kelihatan seperti 2 ekor naga berenang-renang di langit, atau  seperti seekor naga dengan kepala dan ekornya yang muncul dari balik awan”

Guan menambah kejadian itu berlaku selama beberapa minit sebelum akhirnya naga itu menghilang.

Lihat Video Amatur Yang Sempat Dirakam . . .




Alamcyber2020 - Fenomena ini menurut ahli sains memang wujud, makhluk aneh dan misteri yang terbang di balik awan itu digelar "ROD" ataupun "SKYFISH". Sehingga kini misteri ini masih belum dapat di rungkai oleh saintis. 

Link

Video Bongkah Batu Menyerupai Bayi Boleh Menangis

GARUT, Jawa Barat - Sebiji bongkah batu di dalam sebuah kolam yang telah kering di Kampung Pananjung dekat sini didapati menyerupai wajah seorang bayi.Malah, batu itu dilihat boleh berubah-ubah dalam lingkungan jarak dua meter.

Dadan Supriatna, pengunjung dari Cimahi, Bandung berkata, jika diperhatikan, batu menyerupai wajah bayi itu mampu menunjukkan sama ada ekspresi sedih atau ceria.
Pengunjung melihat bongkah batu yang menyerupai wajah bayi di Garut, Jawa Barat, baru-baru ini. - AGENSI
''Beberapa kali saya mengambil gambarnya, batu itu berubah-ubah sama ada menunjukkan wajah bayi yang sedang kesedihan atau ceria,'' katanya kepada detikNews.

Menurut penduduk setempat, Ny. Atin, 35, terdapat beberapa lagi bongkah batu di dalam kolam yang telah kering itu.

''Rumah saya hanya 50 meter dari kolam itu. Jadi, saya dapat melihat dengan jelas batu itu menyerupai wajah seorang bayi,'' katanya.

Penduduk di sekitar lokasi mengaku kerap mendengar suara tangisan dari batu tersebut. Air juga keluar dari celah batu yang mirip dengan wajah anak kecil itu.

Menurut saksi Jumhur yang juga penduduk di situ,Suara tangisan biasanya kedengaran pada malam jumaat sahaja.

Jom Lihat Video . . .

 Perasaan ingin tahu telah membuatkan kawasan itu mula dikunjungi ramai orang. 

Manusia Berwajah Monyet dari Gorontalo

Akibat kata-kata si ayah, Budak perempuan ini memiliki ciri fizikal seperti kera. Bahagian rahang kelihatan muncung ke depan,  sementara di sekitar wajah dan sekitar tubuhnya ditumbuhi banyak bulu halus yang lebat. Menurut penduduk setempat, Ibunya Fatma Nusi sangat gemar makan buah - buahan setiap hari semasa mengandung. 


Ucapan Jadi Kenyataan
"Kamu minta buah terus-menerus, macam mengandung bayi monyet saja". Itulah kata-kata yang sering diucapkan oleh si ayah, Semasa Fatma mengandung putri keduanya itu.

Kata-kata yang diibaratkan sebagai kutukan oleh siayah Septi (Nama kanak-kanak itu), Yang kesal kerana isterinya selalu mengidamkan buah-buahan itu, kemudian diyakini sebagai penyebab anaknya dilahirkan dengan wajah seperti seekor kera.
"Mungkin ucapan itu didengar Tuhan dan akhirnya menjadikannya kenyataan sebagai cubaan bagi saya dan suami," ujar Fatma dengan nada sendu, mengenang rasa pedih saat hamil.
Tiga tahun sejak Septi dilahirkan, Fatma terpaksa membesarkan ketiga-tiga anak setelah diceraikan suaminya yang malu kerana mempunyai anak dengan fizikal yang berbeza dengan kanak-kanak normal yang lain.
Rasa pedih kian menusuk kalbu Fatma, ketika melihat anaknya sejak usia empat tahun kadang-kadang berjalan merangkak dan kelihatan lincah seperti kera. "Saya sering memarahinya kalau berjalan merangkak. Takut akan jadi kebiasaan dan orang-orang akan yakin dia memang hampir seperti monyet, "ujar Fatma namun saya yakin Septi hadir dalam kehidupan saya untuk menguji sebesar apa sabar dan kasih sayang terhadapnya," kata Fatma mengakihiri perbualan.
LIHAT VIDEO . . .

Seram Genderuwa suami hantu kopek

Genderuwa dikatakan pernah tertangkap di Indonesia

TANAH Jawa, Indonesia dikatakan satu-satunya lokasi untuk menemui makhluk halus yang dikenali sebagai genderuwa. Dalam bahasa masyarakat Sunda, ia dipanggil genderuwo.

Menurut catatan orang tempatan, makhluk tersebut merupakan jelmaan jin yang terdapat di kawasan Slogohimo dan Wonogiri, Jawa Tengah serta Kulon Progo di Jogjakarta, Indonesia.

Ia gemar mendiami kawasan sunyi terutamanya tempat berbatu dan berair, pokok besar, bangunan lama dan tempat yang jauh daripada manusia.

Fizikal makhluk ini sering diterjemah seperti manusia atau monyet tetapi saiznya lebih besar, memiliki kulit berwarna hitam kemerahan dan badannya ditumbuhi bulu.
Sering menjadi bahan cerita orang tua untuk menakutkan kanak-kanak dan anak gadis agar mendengar kata di Jawa, genderuwa juga dikatakan boleh berubah rupa.

Selain itu, sesetengah rakyat Indonesia percaya genderuwa merupakan jelmaan orang yang mati yang mayatnya tidak diuruskan dengan sempurna.

Penulis kisah misteri Indonesia, R. P. Suyono dalam bukunya yang berjudul Dunia Mistik Orang Jawa menjelaskan bahawa genderuwa memiliki sifat yang boleh menampakkan diri dalam pelbagai bentuk.

Pada waktu siang makhluk tersebut boleh menonjolkan dirinya seperti ular, buaya, burung pemangsa atau haiwan ganas lain yang sering ditakuti manusia.

“Pada malam hari pula genderuwa boleh berubah menjadi seperti lelaki dan menganggu wanita yang suka berjalan sendirian di kawasan sunyi,” ujar Suyono mengenai makhluk kepercayaan agama Hindu dan Buddha itu.

Genderuwa terkenal dengan sifatnya yang gemar menganggu manusia. Masyarakat Jawa percaya bahawa apabila kedengaran seperti sesuatu dicampakkan di atas bumbung rumah, itu adalah angkara genderuwa.

“Makhluk itu memang suka mengganggu manusia dengan cara melempar batu ke atap rumah penduduk kampung atau meludah pada orang dan haiwan dengan air liur sirih.

Isteri

“Orang Jawa percaya apabila lampu yang terpadam dan hidup kembali juga merupakan kerja genderuwa. Ia turut mengetuk dan menggoncang pintu dan tingkap rumah penduduk,” katanya lagi.

Biarpun menurut Suyono bahawa genderuwa tidak merbahaya dan sekadar muncul untuk menganggu ketenteraman manusia, namun makhluk tersebut boleh menyebabkan kematian.

Dipercayai bahawa mereka yang terserempak dengan genderuwa akan terkejut kerana ketakutan sehingga akhirnya menemui ajal.

Tambahnya juga, genderuwa mempunyai isteri yang dikenali sebagai wewe gombel. Ia digambarkan sebagai makhluk yang berupa orang tua yang menakutkan.

“Badan wewe kurus dan kerepot. Buah dadanya panjang dan tergantung hingga mencecah lantai. Makhluk itu mencari kanak-kanak pada waktu senja dan disembunyikan di bawah dadanya,” jelas Suyono mengenai makhluk yang mempunyai sifat sama dengan hantu kopek yang popular di negara ini.

Menurut versi cerita masyarakat tempatan, genderuwa merupakan lembaga yang memiliki nafsu seksual yang tinggi.

Ia boleh menyamar sebagai suami kepada seorang wanita yang ingin ditidurinya dan melakukan hubungan intim dengan wanita tersebut.

Dikhabarkan genderuwa juga boleh menyebabkan seseorang wanita yang kesepian hamil apabila bersekedudukan dengannya.

“Ia sering mencari wanita kesepian untuk bersama,” kata seorang penduduk di Kebumen, Jawa Tengah, Indonesia, Didik Budi.

Link

Lumpur ajaib di Kampung Meritam

Kawah lumpur bebuak bersaiz sehingga mencecah 2 meter lebar boleh memuatkan tiga empat orang dalam satu masa di Kampung Meritam, Limbang, Sarawak.

PERMUKAAN tanahnya sentiasa lecak tidak mengira musim, sama ada tengkujuh mahupun kemarau. Lebih luar biasa, ia boleh membentuk busut secara perlahan-lahan sebelum meletus dan mengeluarkan bunyi seakan-akan cecair likat yang sedang membuak-buak.


Kejadian sama berulang selang beberapa minit kemudian. Setelah beberapa hari, ia akhirnya menghasilkan kawah besar dipenuhi lumpur kehitaman yang lembik dan hangat.

LIHAT VIDEO :

Fenomena menakjubkan itu menyebabkan sebuah kawasan lapang di pinggir Kampung Meritam, Limbang, Sarawak yang dulunya lengang bertukar meriah dengan kehadiran orang ramai.

Ketua Kampung Meritam, Mahmud Gampal memberitahu, sifatnya yang sering meletus dan menghasilkan bunyi pelik menyebabkan penduduk tempatan menggelar lumpur ajaib berkenaan sebagai 'lumpur bebuak'.

"Bukan satu, malah ratusan kawah seumpamanya muncul di kawasan berkenaan.

"Saiznya pula berbeza-beza. Ada yang hanya sebesar penumbuk. Ada juga bersaiz cukup besar sehingga mencecah dua meter lebar," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Apabila semakin ramai keluarga berpindah di kawasan berhampiran lumpur bebuak, populariti lumpur itu meningkat lebih-lebih lagi apabila ada yang mendakwa ia mampu menyembuhkan 
pelbagai penyakit kulit.

"Penduduk memberitahu penyakit gatal-gatal dan kudis berkurangan yang dihidapi beransur pulih apabila disapu dengan lumpur bebuak, malah ada juga yang mendakwa penyakit asma 
mereka sembuh selepas minum air yang ditapis daripada lumpur itu.

"Khabar tersebut tersebar dengan cepat menyebabkan orang ramai termasuk pelancong Brunei dan Sabah berpusu-pusu datang semata-mata mahu mandi lumpur dan mengubati penyakit masing-masing," ujar Mahmud.

Populariti lumpur bebuak menyebabkan Majlis Daerah Limbang (MDL) memutuskan untuk membina beberapa kemudahan asas seperti tandas, bilik mandi awam serta jambatan kayu 
untuk digunakan oleh pengunjung.

Malah kawasan itu juga diiktiraf sebagai antara destinasi pelancongan terkemuka di Limbang oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

Berpeluang merasai sendiri berendam di dalam kawah lumpur bebuak bersama beberapa pengunjung lain, penulis mengakui ia merupakan pengalaman menyeronokkan dan amat berbaloi untuk dicuba.

Abaikan seketika rupa lumpur yang pekat likat dengan bau yang kurang menyenangkan. Sebaik sahaja anda 'berkubang' di dalam kawahnya, perasaan geli hilang serta-merta.

Malah, ada yang tidak mahu keluar dari kawah itu yang boleh diibaratkan seperti rendaman terapi untuk menyegarkan badan serta minda.

Apa yang menakjubkan, kawah yang mampu memuatkan empat atau lima orang lelaki dewasa dalam satu-satu masa itu sebenarnya tidak berdasar.

Bagaimanapun usah risau kerana sifatnya seakan-akan laut mati. Apa sahaja objek yang terjatuh ke dalam kawah berkenaan akan timbul serta-merta termasuk penulis yang mempunyai berat badan mencecah 70 kilogram!

Ditanya sejak bila lumpur bebuak terhasil, Mahmud memberitahu tiada sesiapa tahu asal-usul kejadian tersebut yang mempunyai persamaan dengan tanah lumpur di kawasan kaki gunung 
berapi.

"Namun yang peliknya, Limbang bukanlah kawasan yang mempunyai gunung berapi

"Mengikut cerita yang saya dengar daripada orang lama, ia memang ada di situ sebelum Limbang diteroka, iaitu lebih 100 tahun lalu," katanya.

Bercerita lanjut, Mahmud berkata, puluhan tahun dulu iaitu sewaktu beliau masih muda, pelbagai haiwan seperti kerbau, burung dan rusa gemar menjilat lumpur bebuak yang dikatakan mempunyai rasa masin.

"Sewaktu menjilat lumpur itu, haiwan tersebut menjadi leka tanpa menyedari kehadiran manusia yang berada berdekatan dengannya. Jadi orang kampung mengambil kesempatan itu untuk menangkap haiwan berkenaan menggunakan jerat.

"Sekarang sudah jarang haiwan liar singgah di sini. Mungkin mereka takutkan manusia," katanya.

Sementara itu, salah seorang pengunjung, Dayangku Salmah Pengiran Tajuddin, 42, berkata, kewujudan lumpur bebuak yang dipercayai menjadi penawar kepada penyakit kulit menjadi 
tarikan utama dia dan keluarganya berkunjung ke Limbang.

Surirumah dari Brunei itu berkata, apabila melumurkan lumpur tersebut pada kudis salah seorang anaknya, penyakit kulit itu kering dan sembuh dalam masa tiga hari.

"Jadi kami sekeluarga kerap datang ke sini untuk mandi lumpur. Kami juga menyimpannya di dalam botol untuk dibawa pulang ke rumah sebagai bekalan atau untuk diberi kepada saudara-mara," katanya.

Seorang pelajar, Shianizz Pulang, 17, pula berkata, dia dan rakan-rakan sering mengunjungi kawasan itu semata-mata ingin berendam sambil bermain lumpur.

"Berendam di dalam kawah amat menyeronokkan kerana lumpurnya suam-suam kuku. Kalau bosan berendam, kami bermain gelongsor menggunakan lumpur yang meleleh di sekitar kawah," katanya.

LINK

Tanda-tanda orang yang mempunyai saka


1 - Menderita penyakit yang tidak ada punca. Sakit tetapi apabila pergi ke hospital doktor kata tidak sakit. Begitu juga halnya dengan sakit jantung tanpa diketahui puncanya tiba-tiba 
dapat serangan jantung.


2 - Sakit yang dideritai berpanjangan dan berulang-ulang. Misalnya gastrik, kencing manis, darah tinggi, migrain yang tidak akan sembuh dan kekal didalam badan penghidapnya. Hilang 
hanya seketika kemudian datang semula.

3 - Menderita penyakit misteri yang berpanjangan. Asyik terkena sihir saja, nampak sihat tetapi sebenarnya sedang sakit. Ada ketikanya tidak boleh tengok matahari, sentiasa hendak 
tidur, lemah, lesu dan sakit pada badan yang tidak diketahui sebabnya.

4 - Penyakit keturunan seperti kemurungan, gout dan gila.

5 - Jodohnya panas. Bertunang putus, Susah dapat jodoh, ada orang suka tetapi akhirnya tidak jadi, kadang-kadang sama-sama suka tapi akhirnya tidak jadi kahwin. Semua itu ada 
kaitannya dengan saka, ia mengganggu perasaan orang lain. 

6 - Sukar mendapat zuriat, kadang-kadang sudah kahwin bertahun-tahun tetapi masih tidak mendapat cahaya mata. Apabila saka itu sudah ada di dalam badan maka ia tidak mahu 
berkongsi dengan orang lain apabila sudah dapat makan dari tubuh manusia. 

Ada yang boleh mengandung tetapi sering keguguran, biasanya dari pengalaman mengatasi masalah saka biasanya perempuan yang menghadapi masalah itu berhadapan dengan saka jin nenek. anak hilang di dalam kandungan itu juga disebabkan oleh saka itu dinamakan saka bunian atau saka kayangan, ia jenis hanuman.

7 - Mempunyai emosi yang tidak stabil, sering beremosi, cepat merajuk, cepat marah, sensitif yang keterlaluan, cemburu keterlaluan dan cepat naik angin.

8 - Jauh dari Allah, semakin lama makin liat untuk melakukan ibadat. Ada juga kes yang apabila diberi sepotong ayat al-Quran dan zikir untuk diamalkan mereka mengantuk sangat 
hingga tidak mampu melakukannya.

9 - Didalam keluarga ada anak-anak yang sangat nakal, kecil-kecil sudah melawan orang tua dan terlalu degil.

10 - Salah satu tanda lelaki yang mempunyai saka ialah isteri orang sangat tertarik kepadanya dan bukan anak dara. Lelaki itu dipandang manis, sekali pandang sudah terpikat 
terutamanya isteri orang. Itu semuanya kerja saka, jika berjaya maka satu kejayaan besar bagi iblis memporak-perandakan rumah tangga anak Adam. Berhati-hati dengan lelaki yang 
mempunyai daya penarik.

Sumber / AL ISLAM OKTOBER 2012

Bayi Lahir Dengan Kaki Kambing

Bayi berwajah manusia  berkaki kambing
Kejadian aneh apabila bayi lahir dengan berwajah manusia berkaki kambing tersiar dari berita terbaru dari Jigawa,utara barat Nigeria di mana seorang wanita didakwa telah melahirkan makhluk dibawah – bayi tanpa leher jelas dan dengan kaki kambingnya.



Menurut sumber berita ini, wanita itu dikatakan telah mengeluh nasib beliau kerana ini adalah kali keempat dia melahirkan makhluk aneh seperti ini.

Ini mungkin musim kelahiran pelik dan kejadian yang sangat misteri dan saintifik, kita tidak mempunyai penjelasan bagi kejadian ini. Hanya Allah yang tahu atas apa yang berlaku dan apa yang di jadikan di dunia ini

LIHAT VIDEO :

Gempar ! CCTV Rakam Makhluk Misteri Selamat Penunggang Motorsikal

Kejadian yang mengemparkan ini benar-benar berlaku di China.Dimana kamera CCTV jalanraya disitu telah dapat merakamkan seorang penunggang motorsikal yang hampir dilanggar oleh sebuah lori.Secara tiba-tiba muncul bayangan putih menyelamatkan penunggang motorsikal itu daripada dilanggar.Kejadian ini berlaku pada tengah malam yang sunyi dan agak gelap ketika kejadian tidak banyak kenderaan yang melalui jalan tersebut.


Dalam rakaman Video CCTV kelihatan pemandu lori bergegas turun untuk melihat mangsa yang telah dilanggarnya.Yang pelik dan menakjubkan Penunggang motorsikal itu terselamat dan sedang jalan berdengkot-dengkot berhampiran motorsikalnya lalu duduk di tepi jalan, Dalam masa yang sama juga kelihatan lembaga misteri yang telah menyelamatkan penunggang tersebut berlalu pergi dengan selamba
Bayangan putih ( Dalam bulatan ) muncul secara tiba-tiba

Berlaku pelanggaran yang mengerikan

Pemandu lori berhenti melihat kejadian

Pelik dan misteri...Penunggang motorsikal terselamat  (Dalam bulatan )

Makhluk penyelamat ( Dalam bulatan ) berlalu pergi,Makhluk apakah ini ?
Kejadian yang baru berlaku ini benar-benar telah mengemparkan bukan sahaja di China malahan seluruh dunia.Yang menimbulkan pertanyaan dikalangan orang ramai dan pemberita adalah, Siapakah Makhluk Misteri itu? Adakah ianya makhluk asing "Alien" ?

LIHAT VIDEO DARI RAKAMAN BERITA :


RAKAMAN PENUH VIDEO CCTV DI TEMPAT KEJADIAN :


Seram ! Jelmaan Hantu Mengemparkan Jepun

Inilah sebuah video yang mengemparkan dunia maya di Jepun baru-baru ini. Sebuah video kehadiran jelmaan hantu perempuan yang begitu nyata.


Video yang mengambil masa 5 minit 15 saat dan sudah disaksikan 119,250 itu, menunjukkan kegiatan sekumpulan anak muda Jepun sedang mengadakan pesta makan-makan di sebuah restoran, namun pesta tersebut berubah menjadi seram setelah seorang dari mereka merasakan sesuatu yang ganjil. Ia pun menunjukkan tanggannya ke arah seorang perempuan berwajah pucat yang sedang duduk sendirian.

Pada ketika diwawancara, seorang pemuda dalam video tersebut mengatakan kejadian ini tidak dibuat-buat dan merupakan pengalaman peribadi yang sangat aneh sekaligus menakutkan yang tidak mungkin dia lupakan seumur hidupnya
.
Bukan setakat itu, video rakaman yang mengambil masa 5 minit lebih ini juga tersebar dalam masa yang singkat di Jepun dan menjadikan video jelmaan hantu ini sebagai headline (berita utama) di sana. 

MARI KITA LIHAT VIDEO YANG MENYERAMKAN INI :


VIDEO Jelmaan 3 Pocong di Majlis Pernikahan


VIDEO Jelmaan 3 Pocong di Majlis Pernikahan - Warga kampung Klodran geger, Indonesia mengemparkan pekan itu dengan kehadiran tetamu tidak di undang di sebuah majlis pernikahan di kampung mereka. Tetamu ini bukan tetamu biasa, melainkan berbentuk makhluk halus menyerupai POCONG yang turut hadir di majlis pernikahan tersebut.


Jelmaan 3 pocong pada Majlis Pernikahan yang terjadi sebulan lalu ini, dapat dirakam oleh kamera video secara tidak sengaja.

Dalam video tersebut, pocong pertama kelihatan sedang berdiri tepat di depan pelamin pengantin. Pocong ini tepat berdiri di depan Juru Nikah yang ketika itu sedang memberikan penerangan atau nasihat perkahwinan kepada kedua mempelai.

Kemudian pocong kedua dalam keadaan sedang duduk di kerusi di antara para tetamu yang hadir. Namun, para tetamu yang berada disebelah pocong seakan-akan tidak menyedari bahawa di sebelahnya ada pocong sedang duduk dengan santainya.

Sementara pocong ketiga kelihatan bentuknya lebih besar dari dua pocong yang lain. Perkara ini terjadi kerana jelmaan pocong ketiga tepat berdiri di depan orang yang mengambil video.

Sayangnya, wajah ketiga pocong tidak kelihatan jelas dalam video ini. Yang terlihat hanya bentuk sosok pocong yang sedang bersandar di meja yang akan digunakan para tetamu. 
Ini disebabkan kedudukan pocong membelakangi mereka yang mengambil gambar menggunakan handphone.

Memang seram jika di fikirkan perkara ini.Mungkin ada yang dengki dengan pengantin dan tujuan 3 pocong dihantar untuk merosakkan majlis pernikahan ini.

INILAH VIDEO YANG MENGEMPARKAN PENDUDUK ITU :

Ketahui pokok-pokok yang menjadi tempat tinggal hantu

Selain rumah kosong, pokok juga dipercayai menjadi tempat tinggal hantu atau makhluk halus.Ada pokok yang menjadi tempat tinggal makhluk halus ada juga yang menjadi tempat tinggal pontianak atau pocong.Malahan mungkin diantara anda semua pernah ada pengalaman menjumpai pontianak sedang bertenggek di atas dahan pokok?

Dibawah ini adalah beberapa jenis pokok yang di katakan oleh orang tua dulu-dulu yang di geruni dan menjadi tempat tinggal hantu.Silahkan baca dengan teliti pokok-pokok yang menjadi tempat tinggal hantu ini.


Pokok Beringin

Pokok beringin adalah tempat kesukaan makhluk halus (Genderuwo),Terutama beringin yang sudah tua dan mempunyai janggut (akar yang berjuntaian). Bila kita mematahkan janggut 
beringin tersebut dan kebetulan pokok beringin itu di huni makhluk halus maka kita akan terus sakit dan bila lambat diubati kepada orang pintar mungkin nyawa taruhannya.



Pokok Sukun
Pokok ini biasanya menjadi tempat tinggal pocong.

Pokok Ara
Pokok ara yang mirip dengan pokok beringin merupakan tempat tinggal bagi segala macam jenis hantu.

Pokok Kekabu
Pohon kekabu atau kapuk merupakan pokok yang menjadi tempat tinggal puntianak.

Pokok Ciku
Pokok ciku adalah tempat tinggal puntianak dan genderuwo maka dari itu jika sudah memasuki waktu azan maghrib elakkan pokok ini kerana biasanya pada masa itu, hantu penunggu pokok ciku sedang berkeliaran.

Pokok Saga
Tidak diketahui menjadi tempat tinggal hantu apa tapi pokok ini dipercayai menjadi tempat tinggal hantu.Kesan dari pokok ini yang tua dan menyeramkan memang sesuai menjadi tempat 
hantu.

Pokok Asam Jawa
Pokok Asam Jawa biasanya menjadi tempat tinggal pocong atau puntianak terutama pokok yang umurnya sudah bertahun-tahun.

Pokok Pisang
Pokok pisang (pokok pisang yang berkumpul serumpun) merupakan tempat tinggal puntianak dan pocong.

Pokok Buluh
Pokok ini menjadi salah satu tempat yang disukai oleh puntianak.Pernah suatu masa di kampung saya ada pemandu teksi melihat puntianak sedang duduk di atas pokok buluh.Harus di ingat, pokok buluh yang saya maksudkan adalah pokok buluh biasa bukan pokok buluh kuning kerana buluh kuning ialah penolak bala jadi pasti pokok buluh kuning di takuti oleh. 

Pokok Nangka
Pokok nangka juga dipercayai sebagai tempat tinggal hantu.

Pokok Bacang
pokok ini biasanya dijadikan tempat bermain toyol.Buah dari pokok bacang hampir sama dengan buah mangga, cuma buah bacang bentuknya lebih bulat dan seratnya banyak.

Bila di persekitaran tempat tinggal anda ada pokok-pokok yang di atas, elakkan melalui dibawah pokok tersebut pada malam hari ataupun jika terpaksa.Jangan lupa membaca doa dan meminta perlindungan kepada yang maha kuasa agar terhindar dari gangguan makhluk halus.