Latest Updates
Tampilkan postingan dengan label MACAM-MACAM HAL. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label MACAM-MACAM HAL. Tampilkan semua postingan

Si tua jual alat seks dicekup

KUALA LUMPUR - Kegiatan seorang lelaki warga emas menjual peralatan dan ubat perangsang seks terbongkar apabila dia ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah kedai empat tingkat di Jalan Walter Grenier, Jalan Imbi di sini kelmarin.

Operasi pada pukul 11.55 pagi itu dilakukan hasil risikan dan penyamaran oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi (IPD).

Dalam serbuan di rumah yang terletak di tingkat satu itu, polis menahan seorang lelaki berusia 71 tahun dipercayai pemilik rumah tersebut.
DI sebuah rumah di Jalan Walter Grenier, Jalan Imbi, Kuala Lumpur inilah seorang lelaki warga emas ditahan kelmarin kerana menjual barangan seks.
Pemeriksaan mendapati barangan seks pelbagai jenis disimpan di dalam rumah tersebut dipercayai untuk tujuan dijual secara terus atau melalui online.

Antara barangan yang dirampas ialah sembilan buah kotak yang mengandungi alat kemaluan plastik lelaki dan wanita menggunakan bateri dan manual, pelbagai jenis ubat perangsang seks pelbagai jenama dan kondom.

Siasatan awal mendapati ubat perangsang seks yang dirampas untuk kegunaan lelaki dan wanita itu berbahaya sekiranya dimakan oleh pelanggan kerana ubat-ubatan tersebut tidak mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Di negara China penjualan alatan seks seperti ini menjadi pemandangan biasa disana.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, lelaki warga emas itu kini ditahan dan dibawa ke IPD Dang Wangi untuk membantu siasatan.

"Setakat ini kita masih melakukan siasatan sejak bila suspek menjalankan kegiatan tersebut," kata beliau ketika dihubungi.

Link

Gempar ! Wanita Hamil Akibat Berasmara Dengan Mayat

Lexington Missouri- Polis menangkap dan menghukum Felicity Marmaduke, 38 tahun, Wanita yang bekerja sebagai pekerja di bilik mayat, Kerana telah melakukan penodaan dan persetubuhan terlarang terhadap mayat yang dikendalikannya.

Gemapar ! Keratan akhbar siarkan berita yang pelik  ini
Akibatnya beliau menjadi hamil kerana perbuatan itu. Polis mendenda Felicity Marmaduke sebanyak $ 250,000. Berdasarkan pengakuannya kepada polis, Ketika kejadian wanita itu mengaku sedang memandikan mayat tersebut, Secara tiba-tiba alat sulit mayat itu menegang dan mengalami ereksi yang dipanggil (post mortem erection).
Bilik mayat tempat kejadian berlaku
Ketika bersendirian dan melihat keadaan mayat itu, timbul keinginan untuk berasmara dan terjadilah hubungan terlarang dan diluar tabii manusia normal. Dan dia terkejut, mayat itu mengalami orgasme selepas beberapa minit berasmara dengannya. Setelah melakukan pemeriksaan kesihatan beberapa minggu selepas itu, Felicity Marmaduke dinyatakan hamil oleh doktor! Polis akhirnya tahu bagaimana Marmaduke boleh hamil.
Mayat ini meninggalkan zuriat . . .
Dia ditangkap di rumahnya yang terletak hanya beberapa meter dari rumah mayat itu. Yang menjadikan berita ini tambah menarik dan panas adalah Felicity Marmaduke berniat untuk membolot harta si mayat sebagai jaminan wang untuk bayinya nanti. 

Link

Lelaki gila seks dalam bas


SETIAP hari di Jakarta terdapat lebih kurang empat juta orang yang menggunakan khidmat pengangkutan awam untuk menjalankan aktiviti mereka termasuk berulang-alik ke tempat kerja dan ke sekolah.


Penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam begitu besar terjadi kerana majoriti pekerja di Jakarta memperoleh gaji yang rendah sehingga tidak memungkinkan mereka memiliki kenderaan sendiri.

Namun sejak kebelakangan ini, isu pelecehan seksual ke atas penumpang wanita semakin menjadi-jadi. Mereka yang menjadi mangsa bukan sahaja gadis tetapi ada juga pelajar sekolah dan wanita yang agak berumur.

Dalam pengakuan mereka kepada penulis, beberapa penumpang wanita mengaku bahawa mereka kini agak bimbang untuk menaiki kenderaan awam kerana sering mengalami peristiwa pelecehan seksual yang kadangkala sudah dianggap melampau.

Menurut mereka, orang yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tersebut bukan sahaja penumpang lelaki tetapi juga konduktor bas yang kadangkala begitu bijak 'mencari laluan' untuk menyentuh bahagian tertentu pada tubuh penumpang wanita.

Berdasarkan kepada apa yang diceritakan terdapat penumpang-penumpang wanita yang mengalami pengalaman pelecehan seksual yang dianggap cukup ganas.

Salah seorang yang mengalami pengalaman tersebut ialah Indriani yang bertugas sebagai kerani bank. Menurut beliau, kejadian tersebut berlaku beberapa bulan lalu.

''Ketika itu saya menaiki bas awam yang sesak dengan penumpang tetapi saya mendapat tempat duduk, di samping saya berdiri seorang lelaki separuh usia.
''Saya tidak berkata apa-apa ketika lelaki itu mula menggeselkan kemaluannya ke bahu kiri saya. Ketika itu saya fikir mungkin bas penuh sesak dan selalu ada orang yang lalu-lalang untuk turun dan naik,'' katanya.

Namun Indriani terkejut besar apabila lelaki berkenaan mengeluarkan kemaluannya dan melakukan onani sehingga menyebabkan bahu kiri Indriani terkena 'air suci' lelaki tersebut.
''Saya benar-benar terkejut dan tidak tahu berbuat apa-apa, apatah lagi penumpang lain yang menyedari perbuatan lelaki berkenaan hanya melihat sahaja.

''Saya bingung dan merasa amat malu tetapi saya hanya mampu menangis,'' katanya yang memberitahu penulis bahawa dia tidak akan melupakan detik hitam tersebut.

Seorang mahasiswa Universiti Indonesia (UI), Dara, 20, pula berkata, baru-baru ini ketika menaiki sebuah bas, beliau mengalami pelecehan seksual yang dilakukan oleh empat lelaki yang mengeluarkan kata-kata lucah kepadanya.

''Saya khuatir untuk bertindak balas, walaupun tidak tahan dengan kata-kata mereka. Apatah lagi mereka melihat saya dengan penuh nafsu,'' katanya.

Pelecehan seksual bukan sahaja dilakukan oleh penumpang, malah sesetengah konduktor bas yang sepatutnya bertindak sopan kepada 'pelanggan' juga mempunyai nafsu buas.

Konduktor bas ini kebiasaannya menjadikan pelajar wanita sebagai sasaran mereka. Ia dilakukan ketika pelajar berkenaan mahu turun atau naik.

''Pada saat itu, kernet (konduktor) akan menyentuh tubuh kami dengan sengaja terutama di bahagian dada dan punggung,'' kata Wani seorang pelajar Sekolah Menengah Atas di Tebet, Jakarta Selatan.
Bas yang sesak dan padat sememangnya menjadi tumpuan utama sesetengah lelaki untuk melakukan pelecehan seksual ke atas wanita.

Lelaki-lelaki berkenaan biasanya memulainya dengan berusaha berada berdekatan dengan mangsa bagi membolehkan dia menggunakan siku untuk menyentuh bahagian dada si pelajar atau wanita.

Jika seseorang wanita itu duduk, lelaki yang bernafsu liar itu akan memanfaatkan kesempatan tersebut untuk mengintip bahagian tertentu wanita berkenaan.

Bagaimanapun tidak semua kejadian pelecehan seksual ini terjadi ketika bas sesak.

Nur, seorang gadis yang bekerja di sebuah perusahaan membuat roti di Bekasi memberitahu penulis beliau pernah mengalami kejadian tersebut ketika bas sedang kosong.

''Lelaki yang duduk di samping saya memegang lutut saya, saya fikir tidak sengaja, tetapi kemudian dia menggerakkan tangannya hingga ke paha saya sehingga memaksa saya berpindah tempat duduk,'' katanya.
Sama ada Indriani, Nur atau siapa juga wanita yang menjadi mangsa pelecehan seksual di kenderaan umum ini mereka tidak mampu berkata apa-apa.

Malah kalau mereka cuba membantah perbuatan tersebut, mereka akan menerima nasihat yang cukup memedihkan telinga iaitu 'jangan naik bas kalau tidak mahu disentuh'.

''Lagi pula mas, hanya ini sahaja kenderaan utama kami untuk berulang-alik ke tempat kerja, kalau hendak beli mobil (kereta) kami tidak mampu, gaji kami kecil,'' kata Indriani.

Sememangnya kita bersimpati dengan insan-insan seperti Indriani yang terdedah kepada pelecehan seksual walaupun pada hakikatnya mereka melangkah setiap hari untuk mencari rezeki secara halal.

Jika mereka yang menjadi mangsa perbuatan gila tersebut menderita, bagaimana pula dengan orang yang melakukan sikap biadab itu.

Penulis 'berjaya' menemu ramah dua lelaki yang mengaku pernah melakukan perbuatan pelecehan seksual tersebut. Pada mulanya mereka 'segan' untuk mengaku perbuatan mereka, tetapi selepas dihulur wang Rupiah 20,000 (RM10) seorang, maka masing-masing pun menceritakan pengalaman menarik mereka.

Komariyadi, 30, mengaku sering terdorong melakukan pelecehan seksual apabila melihat wanita-wanita yang berpakaian seksi.

''Terus terang saya sering terfikir perkara yang bukan-bukan jika melihat mereka yang mengenakan skirt pendek dan baju T ketat. Tetapi semua itu tidak wujud kalau saya melihat wanita cantik berpakaian sopan, paling tinggipun saya mengagumi kecantikannya,'' katanya ketika ditemui di sebuah tempat hentian bas di Jalan Jeneral Sudirman.

Dino, 22, mahasiswa sebuah universiti di Jakarta mengaku pernah melakukan perbuatan tersebut akibat tergoda dengan seorang wanita.
''Selepas meraba punggungnya, saya menggerakkan tangan saya ke bahagian pinggang dan seterusnya ke bahagian dada, nasib saya tidak baik kerana wanita itu menyedari perbuatan saya dan terus turun dari bas,'' katanya.

Seorang lelaki yang enggan memberikan namanya berkata, dia sering melakukan perbuatan itu dengan berpura-pura mencari sesuatu di dalam poket seluarnya.

''Ketika itu saya mesti berdiri dan wanita tersebut duduk, waktu itulah tangan di dalam poket saya akan menyentuh bahagian dada wanita berkenaan,'' katanya.
Tidak pula diketahui apa keuntungan yang mereka peroleh apabila melakukan perbuatan tersebut tetapi apa yang jelas ia memberikan mereka keseronokan dan kepuasan.

Apa yang dipaparkan di sini bukan sahaja berlaku di Indonesia, mungkin juga di Malaysia seperti di Kuala Lumpur.

Untuk menyalahkan sesuatu kelompok sama ada lelaki atau wanita sahaja tidak memadai. Ini kerana si lelaki mungkin akan mengatakan wanita yang bersalah kerana memakai pakaian seksi, manakala wanita pula akan menuduh lelaki mengambil kesempatan.

Kesudahannya polemik mengenai pelecehan seksual dari segi siapa yang bersalah akan berterusan. Semua ini hanya boleh dielakkan jika kedua-dua golongan berkenaan mempunyai keteguhan iman.

Si wanita tidak boleh mengharapkan semua lelaki akan bertindak sopan kepada mereka, begitu juga lelaki, mereka tidak boleh berpendapat bahawa si wanita yang memakai pakaian seksi semata-mata untuk menarik perhatian mereka.

Justeru itu apa yang penting ialah sikap hormat-menghormati dan mengetahui norma-norma kehidupan yang berlandaskan keagamaan.

Sebenarnya, kalau wanita itu bertudung dan menutup seluruh tubuhnya sekalipun belum tentu dia selamat kerana di Indonesia atau Malaysia masih terdapat banyak lelaki yang bak kata orang 'kalau terlihat betis wanitapun sudah cukup untuk menaikkan nafsunya.'

Tetapi ini tidak bermakna semua kesalahan harus diletakkan kepada kaum lelaki sahaja kerana kaum wanita kalau sudah mengetahui adanya lelaki yang bernafsu buas seperti itu mereka harus berwaspada dan berusaha mengelakkan diri mereka daripada menjadi mangsa.

Ini kerana Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud; ''wanita adalah alat perangkap syaitan.''

Gadis Dengan Payudara Terbesar

Mempunyai payudara montok adalah igauan bagi setiap wanita, tidak hairan jika ramai wanita sanggup mengeluarkan perbelanjaan untuk membesarkan payudaranya. Namun begitu ada juga wanita yang mempunyai payudara super besar yang semulajadi.

 Seperti dalam foto-foto dibawah ini. Wanita pemilik payudara dengan ukuran sangat besar ini bukannya kelihatan seksi melainkan kelihatan aneh. Berat masing-masing payudara salah satu dari wanita ini mencapai hampir 8 kilogram, ini bermakna jumlah berat dua buah payudaranya 16 kilogram. Jika payudara itu berisi air susu, maka dengan dua buah payudara sekali perah akan menghasilkan hampir 1 gelen air susu, cukup untuk 25 bayi.












Urut batin sebenarnya onani


MENURUT pengalaman pengunjung-pengunjung pusat urut di sekitar Lembah Klang, kaedah urutan batin yang ditawarkan di rumah berkenaan sebenarnya adalah khidmat melakukan onani.

“Bezanya ia dilakukan menggunakan tangan tukang urut wanita sehingga pelanggan khususnya lelaki, mencapai klimaks dan mengeluarkan air mani,” akui lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Man, 29, yang tidak menafikan sekadar mencuba-cuba urutan batin yang sering disebut teman-temannya.
Menurut Man, urutan batin merupakan satu perkhidmatan yang khusus, bukan sebahagian daripada pakej urutan badan dan lain-lain.
“Pusat urut itu melabel perkhidmatan itu sebagai urut batin ketika menawarkannya,” tambah Man.
Bagaimanapun, pakar urut tradisional yang sudah bertahun-tahun melakukan urutan pemulihan tenaga batin menegaskan urutan sebenar tidak melibatkan pengeluaran air mani.
Teknik
“Apa yang kami lakukan ialah mengurut bahagian badan yang mempunyai kaitan dengan anggota sulit itu dan mencari urat di sekitar alat sulit pelanggan untuk ‘dibetulkan’.
“Ia sama ada mengurut untuk membuang angin, membetulkan urat atau memecahkan lemak,” ujar seorang pengusaha kedai bekam dan resdung di Kampung Dato’ Harun, Petaling Jaya, Ahmad Husin, 34.
Berpengalaman melakukan urutan pulih batin sejak lebih lima tahun lalu, Ahmad yang berguru dengan beberapa pakar urut tradisional menjelaskan, urutan batin tidak bertumpu kepada bahagian zakar dan buah zakar semata-mata.
“Sebaliknya antara bahagian badan lain yang terlibat termasuklah pinggang, labu atau belakang betis, tapak kaki, bawah buah zakar dan bawah pusat sehingga ke zakar.
“Teknik urutan juga bukan sembarangan. Contohnya, jika mengurut di sepanjang zakar, teknik yang digunakan ialah melurut sedangkan pada bahagian buah zakar, teknik urutan yang digunakan ialah mengasak,” terangnya.
Tambah Ahmad, urutan pulih batin yang sebenar juga tidak melibatkan rasa ghairah atau rangsangan ke arah keinginan mencapai kepuasan seksual.
“Seharusnya, ketika diurut pelanggan akan berasa sakit dan senak kerana teknik mengurut adalah sama seperti mengurut bahagian badan yang lain.
“Keadaan zakar menegang biasanya berlaku apabila darah mengalir lancar setelah urutan menggunakan teknik mengasak dilakukan pada buah zakar dan bahagian bawah zakar tetapi ia masih tidak menyebabkan pelanggan berasa ghairah,” dedah Ahmad.
Pendakwah bebas dan pakar motivasi kekeluargaan, Wan Akashah Wan Abdul Hamid pula menjelaskan, urutan batin yang dilakukan semata-mata untuk berseronok adalah haram.
“Jika seorang lelaki itu mengalami masalah lemah tenaga batin, ia akan menjadi satu bentuk penyeksaan kepada isteri kerana tidak mendapat nafkah batin.
“Dalam keadaan itu, kalau lelaki berkenaan tidak berubat maka isterinya boleh meminta fasakh daripada suaminya. Itulah tahap keseriusan keadaan ini.
“Hukum berurut batin jatuh dalam kategori harus jika ia berkesan memulihkan masalah kesihatan dan keharmonian rumah tangga.
Zakar lebam
“Bagaimanapun sekiranya urutan batin tidak mampu menyelesaikan masalah dan sebaliknya cenderung ke arah kepuasan seksual, maka hukumnya haram,” kata Wan Akashah.
Jelas Wan Akashah, urutan batin ke atas lelaki tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang wanita kerana ia melibatkan alat sulit.
Wan Akashah turut menyuarakan kebimbangannya terhadap segelintir suami yang cenderung mendapatkan urutan batin onani kerana ia boleh menyumbang kepada kepincangan rumah tangga.
“Bayangkan si suami lebih puas ‘berurut batin’ di rumah-rumah urut berbanding ketika bersama isteri sendiri,” kata beliau.
Katanya lagi, banyak masalah baru akan timbul apabila suami sudah tidak berkeinginan terhadap isteri masing-masing.
Sementara itu, pakar sakit tuan, Dr. Mohd. Ismail Tambi, 59, menyangkal kebenaran kelebihan mengurut zakar.
“Mustahil urutan dapat membesarkan, memanjangkan, memulihkan mati pucuk, mahupun meningkatkan prestasi zakar seseorang.
“Ini kerana anggota sulit ialah organ vaskular (yang dipenuhi salur darah) dan tidak boleh diurut. Ia sama seperti bahagian leher dan buah dada.
“Jika bahagian ini diurut secara kasar, dikhuatiri ia akan menyebabkan kerosakan dalaman yang boleh mencacatkan anggota itu.
“Sudah ramai pesakit yang datang kepada saya dengan zakar yang lebam, bentan dan terkulai akibat melakukan urutan batin.
“Saya faham, ramai yang tertarik untuk menjalani urutan seperti itu kerana tertekan dengan masalah yang dihadapi. Tetapi fikirlah baik-baik.
“Tidak mustahil masalah batin mereka itu berpunca daripada penyakit lain seperti kencing manis, ketidakseimbangan hormon atau tekanan darah tinggi.
“Jika masalah mati pucuk berpunca daripada penyakit-penyakit ini, kemungkinan masalah lain pula akan timbul andainya pesakit menemui tukang urut yang turut menggunakan ubat berasaskan herba.
“Sebab itulah saya meminta individu yang mempunyai masalah zakar agar merujuk pakar perubatan terlebih dulu sebelum mengambil tindakan sendiri,” cadang beliau.