Latest Updates
Tampilkan postingan dengan label Kebesaran Allah. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Kebesaran Allah. Tampilkan semua postingan

Penduduk Pontianak ditimpa hujan ais

Sejumlah ketulan ais yang turun berserta hujan di Pontianak, baru-baru ini. - AGENSI
PONTIANAK , Kalimantan Barat - Bandar Pontianak dan daerah Kubu Raya di sini baru-baru ini, digemparkan dengan fenomena hujan ais berserta angin kencang.

Menurut seorang penduduk tempatan, Dewi, fenomena yang berlaku pada waktu petang itu merupakan kejadian pertama yang melanda bandar ini.

"Pada mulanya, saya menyangka ada orang membaling batu ke arah saya. Namun apabila diteliti, batu tersebut adalah ais dan jumlahnya semakin banyak.
"Ais yang turun berserta hujan lebat itu berukuran seperti batu kerikil," katanya kepada Metrovnews.com.

Seorang lagi penduduk, Erwin Harahap berkata, dia ditimpa hujan ais ketika sedang membaiki radio di belakang rumahnya.

"Rasanya sakit seperti terkena batu," ujarnya.
Pegawai Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Pontianak, Sutikno berkata, fenomena tersebut berlaku disebabkan proses kondensasi di atmosfera melalui lapisan sejuk di atas paras beku.

"Ais akan terbentuk dalam ukuran yang besar, namun saat turun bersama hujan, saiz ais akan berubah menjadi kecil disebabkan perubahan suhu.
"Hujan ais ini akan berlanjutan selama beberapa hari. Oleh itu, penduduk perlu berhati-hati agar tidak terkena ketulan ais," katanya. - AGENSI

VIDEO HUJAN AIS @ HUJAN BATU :

Gempar Kalimah Allah Muncul di Langit Rumah Ini

PONOROGO - Kalimah Allah muncul dari langit rumah pasangan Hidayati dan Wiyadi di Desa Ronowijayan Ponorogo, Jawa Timur. Anehnya, kemunculan kalimah ini hanya dalam tempoh satu jam, Iaitu sekitar pukul 7:30 pagi hingga 8:30 pagi setiap hari. 

Hidayati, pemilik rumah, mengaku, kalimah tersebut belum pernah muncul sejak rumah tersebut dibina 15 tahun lalu. Kemunculan kalimah itu terjadi pada hari Rabu 5 September lalu.
Ketika itu secara tidak sengaja, Hidayati melihat ada kalimah tersebut. Kerana takut dan bingung, atap genting rumah itu diganti dengan tujuan supaya kalimah itu tidak muncul. Namun walaupun beberapa kali diganti, kalimah itu tetap muncul.

"Dibuka gentingnya, dibersihkan, tetap saja ada. Diganti gentinya tetap saja ada. Genting dari manapun, kalau dipasang di sini tetap saja muncul kalimah disini. Kalau dipindah di tempat lain, tidak keluar kalimahnya. Ini anugerah, semoga kami sekeluarga tetap diberi keselamatan,” kata Hidayati, Sabtu (8/9/2012).
Cerita ini telah tersebar dari mulut ke mulut. Dalam waktu singkat, banyak penduduk setempat dan orang luar datang beramai-ramai ke rumah pasangan itu. Para pengunjung yang datang mengaku ketakutan dan mengakui adanya kalimah tersebut.

Mujiati, salah seorang penduduk, mengaku hairan melihat fenomena tersebut. “Rasanya meremang bulu roma melihatnya, di hati tertanya-tanya bagaimana boleh muncul kalimah ini.Belum pernah melihat perkara seperti ini,” katanya.

Sementara itu,  Ahmad Munir, salah seorang Imam di wilayah tersebut, mengatakan, tulisan tersebut adalah fenomena alam dan lumrah semulajadi. "Fenomena wujudnya kalimah itu merupakan petanda Allah menunjukkan kebesarannya," katanya.
Walaupun ulamak ini mengatakan ini bukan perkara aneh, namun penduduk setempat terus saja berduyun-duyun menyaksikan fenomena unik itu.

LIHAT VIDEO KALIMAH ALLAH MUNCUL DARI BUMBUNG RUMAH :

Gempar Negara Afrika Turun Salji

Johannesburg  – Inilah berita mengejutkan dari sebuah negara di benua Afrika, iaitu Afrika Selatan. Pada Selasa (7/8/12) pagi, seluruh penduduk yang tinggal di Johannesburg dan sekitarnya tercengang serta terkejut dengan turunnya salji.

Wow ! Di Afrika pun ada salji,Kata Hillary Rodham
Pada ketika itu, Menteri Luar Negeri Amerika Syarikat, Hillary Rodham Clinton yang sedang melakukan kunjungan ke Pretoria, ibukota Afrika Selatan, takjub melihat turunnya salji di Afrika Selatan ini. Sebenarnya Afrika Selatan merupakan negara yang beriklim panas.


Melihat kejadian aneh lagi ajaib ini, Ramai penduduk Afrika Selatan terus berlari keluar rumah, gedung membeli belah, malahan keluar dari kenderaan mereka. Semua mendongak ke langit untuk menikmati butiran salji yang turun. Malahan ada beberapa orang sampai menjulurkan lidah untuk menikmati dinginnya salji tersebut.






Jika di Afrika boleh turun salji mungkin suatu hari nanti negara kita Malaysia juga akan turun salji  semua itu tidak mustahil.

Berikut ini sedutan video betapa seronoknya para penduduk Afrika menikmati turunnya salji di Benua Afrika Selatan.

LIHAT VIDEO :

Misteri Di Sebalik Kota Mekah


Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia.” (Surah Maa’idah: 97)
“Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi.”

Sebenarnya di dalam Al-Quran terlebih dahulu membicarakan perkara ini, sebagai hamba Allah yang diberikan akal fikiran perlulah meneliti dan berfikir disebalik rahsia-rahsia yang terkandung didalam ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim.
Diantara Kalam-kalam Allah Ta’ala mengenai Mekah Pusat Bumi
Firman Allah yang bermaksud:
“Demikianlah Kami wahyukan kepadamu al-Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Mekah) dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya (negeri-negeri di sekelilingnya).” (asy-Syura: 7)
Kata “Ummul Qura” bererti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya, menunjukkan Mekah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya.
Lebih dari itu, kata “ummu” (ibu) mempunyai erti yang cukup penting dan luas di dalam peradaban Islam. Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Mekah juga merupakan sumber dari semua negeri lain serta keunggulan di atas semua kota.
Allah berfirman lagi yang bermaksud:
“Wahai jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya kecuali dengan kekuatan (ilmu pengetahuan).” (ar-Rahman: 33)
Kata “aqthar” adalah bentuk jamak dari kata “qutr” yang bererti diameter, dan ia mengacu pada langit dan bumi yang mempunyai banyak diameter.
Berdasarkan ayat ini dapat difahami bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi (tujuh lempengan bumi). Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi, dengan itu bererti bahawa Mekah juga berada di tengah-tengah lapisan-lapisan langit.
Selain itu ada hadis yang menerangkan bahawa Masjidil Haram di Mekah, tempat kaabah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan yang membentuk bumi.
Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya: “Wahai orang-orang Mekah, wahai orang-orang Quraisy , sesungguhnya kamu berada di bawah pertengahan langit.”
Berdasarkan penelitian di atas, bahawa Mekah berada pada tengah-tengah bumi (pusat dunia), maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Mekah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia. – (Dipetik dari Eramuslim “Makkah Sebagai Pusat Bumi” Oleh Dr. Mohamad Daudah)
Neil Amstrong membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi, sedangkan Al-Quran sejak 1400 tahun yang lalu telah berbicara mengenai kota Mekah dan kaabah adalah pusat bumi ini.
Ketika kali pertama Neil Amstrong melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata, “Planet Bumi ternyata bertumpu di area yang sangat gelap, dan di manakah ia berpusat?.” Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah.
Para angkasawan telah menemui bahawa planet Bumi itu mengeluarkan satu radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayangnya 21 hari kemudian website tersebut hilang dan seperti ada alasan tersembunyi di sebalik penghapusan lama web tersebut.
Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyatalah radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, dan tepatnya berasal daripada Kaabah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berakhir). Perkara ini terbukti ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjutan. Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Kaabah di planet Bumi dengan Kaabah di alam akhirat.
Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, terdapat suatu area yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, di mana apabila kita mengeluarkan kompas di kawasan tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarikan yang sama besar antara kedua kutub .
Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka dia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Kaabah, maka seakan-akan diri kita dicas oleh suatu tenaga misteri yang menyebabkan kita bertenaga ketika mengelilingi kaabah dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.
Penelitian lainnya menyatakan bahawa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh terapung di air. Di sebuah muzium di negara Inggeris, terdapat tiga buah potongan batu tersebut (dari Kaabah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem suria kita.
Rasulullah SAW bersabda:
“Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.” (Jami’ al-Tirmidzi al-Hajj)
“Hajar Aswad dari batu-batuan Syurga dan tidak ada suatu benda di bumi yang turunnya dari Syurga selain batu itu.” (HR. Thabrani)

Tanda-tanda Kiamat yang sudah dapat kita saksikan


Hari Kiamat adalah hari kehancuran alam semesta ini di mana semua manusia dan makhluk lainnya akan mati. Hari Kiamat adalah awal di mana manusia yang jahat, menipu, suka membunuh akan mendapat balasan berupa siksa neraka dan orang-orang yang baik akan mendapat ganjaran syurga.


“Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu; sesungguhnya kegoncangan hari kiamat itu adalah suatu kejadian yang sangat besar (dahsyat).” [Al Hajj 1]

Tidak ada manusia yang mengetahui bila terjadinya hari Kiamat. Tidak juga Nabi. Hanya Allah yang mengetahuinya

ظهور علامات الساعة بالصور
Perlumbaan membina bangunan pancakar langit
http://windyrybts.files.wordpress.com/2010/03/dsci0890.jpg?w=346&h=260
Nenek dipaksa mengasuh cucu
ظهور علامات الساعة بالصور
Pembunuhan dimana-mana.
Anak zina dimerata tempat
“perangkaan dari 1999 hingga 2003 mencatatkan 70,430 anak luar nikah didaftarkan iaitu 30,978 beragama Islam, Hindu (18,085), Buddha (17,236) dan Kristian (3,395).
Anak luar nikah berketurunan Melayu meningkat daripada 16,100 pada tahun 2007 kepada 16,541 dalam tahun 2008 dan 17,303 pada 2009.”
Berdasarkan perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) itu, ini bermakna 2,500 anak luar nikah direkodkan setiap bulan atau purata 84 kes setiap hari. “
ظهور علامات الساعة بالصور
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiruydfUgPTYj4fZavqn1asAkprslBFBLOWrfkr9YdMElrOf6886QQRv3CNFEzqEMf9HlWnJIuYC6LBudgUMe-4Y2HrkDuIuXm5A2IMJy582HvJJ2L_awtYLtf7iGDCu-9uxORhdU0K3_Ow/s1600/mbsb_overlap.jpg
Pinjaman berteraskan riba berleluasa terutama dalam negara Islam
http://www.souqaldoha.com/vb/uploaded/26_01206255204.jpg
Api keluar di Hijaz telah berlaku pada tahun 654 Hijrah.
ظهور علامات الساعة بالصور
http://www.darul-ishaat.co.uk/images/expansion/makkah-expan.jpg
Pembinaan terowong dan bangunan tinggi di Mekah.
ظهور علامات الساعة بالصور
http://baitulmuslim.com/sites/default/files/kitaran%20maksiat.jpg
Masa terlalu cepat dan tidak memberi berkat.
ظهور علامات الساعة بالصور
Kematian secara mengejut.
ظهور علامات الساعة بالصور
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhafNBF_cP0Oe-XRYr8rAemq_plQxfUo1dXgjY-nMh7XFg34o-oJTetTC9LLYl729SC17z1UXtWNFfQFwkPswzZqelVfdDO6-UN_6S2rsq-Nm_fqEDrAWvPZkNqqrvupomauyWv14I2jT4R/s1600/IMG-1.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhqrsCan3syEq9UeWEzNq7Xq25z1yuzjDPOpp-JBEp1dA5vwIlrXylGehpA4IvzSc3IZL1xSpzs5KRYLVUd4ztnPKItp-RcZYmqhFBh6e3cOq1C6ywhlgb3LOGMcHxRAIzS0OORv3jL2tM/s1600/Ibu+dipukul.jpg
Anak menderhaki ibu bapa.
ظهور علامات الساعة بالصور
Asap memenuhi ruang.
ظهور علامات الساعة بالصور
Gerhana sering berlaku.

Lubang neraka dunia

BAGI umat Islam, neraka merupakan tempat orang berdosa mendapat seksaan pada hari akhirat kelak.
Begitupun, penduduk bandar kecil Derweze di Turkmenistan gempar dengan kemunculan sebuah ‘lubang neraka’ berhampiran kediaman mereka sejak tahun 1971 hingga sekarang.


LIHAT VIDEO

Lokasi itu merujuk kepada sebuah lubang api yang luas ternganga sehingga ia digelar Pintu Neraka.
Menurut penduduk, lubang itu seluas dua padang bola sepak. Kedalamannya mencapai 30 meter manakala apinya masih bernyala sehingga hari ini.
Lubang itu ditemui oleh sekumpulan ahli geologi semasa era Soviet Union ketika mereka melakukan aktiviti penggalian bawah tanah menggunakan jentera berat.
Semasa kerja-kerja giat dijalankan, tidak semena-mena permukaan tanah di tapak penggalian itu runtuh menyebabkan kesemua peralatan menggerudi jatuh ke dalam sebuah lubang yang besar.


Pada masa yang sama, lubang itu mengeluarkan api yang bahangnya boleh dirasai hingga beberapa ratus meter jauhnya.Api itu tidak pernah padam walaupun semasa hujan lebat. Malah, ukuran diameternya semakin membesar setiap tahun.
Sebuah akhbar Finland, Ammennusatia pernah menyiarkan sebuah artikel yang menyebut ia bukan sekadar sebuah lubang biasa.Menurut akhbar itu, kumpulan ahli geologi itu mendakwa mendengar suara seperti jeritan ribuan manusia yang sedang diseksa meminta tolong manakala sebahagian yang lain kedengaran seperti orang Islam sedang bertahlil.


Rakaman Bunyi rakaman yang didakwa daripada Pintu Neraka itu masih boleh didengar di Youtube dengan pengendali klip video itu mendakwa ia sebenarnya suara roh orang mati di alam barzakh.
“Ia cukup menakutkan kami tentang kehidupan yang terdapat di lubang itu,” jelas ketua projek di Derweze, Dr. Dmitri Azzacov.
Azzacov menggunakan sejenis mikrofon sensitif yang berperanan mendengar bunyi atau pergerakan di dalam bumi.“Apa yang kami dengar ibarat satu perkara logik yang tidak masuk akal. Saya seorang pengikut setia fahaman komunis yang tidak mempercayai agama dan hari pembalasan.


“Tetapi setelah mendengar jeritan itu saya mula mempercayai adanya Tuhan serta soal dosa dan pahala,” kata Azzacov.Dia juga melihat pada waktu malam gas terang berbentuk seperti jin yang mempunyai dua sayap pada bahagian kiri dan kanan badannya terbang.“Kejadian itu menakutkan sehingga ramai penduduk bertempiaran lari,” kata seorang saksi, Bjarne Nummedal yang mengatakan lembaga itu hilang beberapa minit kemudian.
Namun, misteri itu disangkal oleh sebuah laman berita www.truthorfiction.com yang mengatakan kisah tersebut rekaan semata-mata dan disensasikan oleh media pada awal 1990-an.
Menurut wartawan laman web itu, Rich Buhler, lubang itu sememangnya wujud tetapi ia terhasil disebabkan simpanan gas asli yang besar di Derweze.
“Mereka menyalakan api untuk memastikan gas asli yang tercemar itu tidak merebak dan membahayakan masyarakat sekeliling. Soal jeritan seperti penghuni neraka itu tidak benar sama sekali,” katanya.
Ujarnya, cerita itu sengaja direka oleh kumpulan pelampau agama untuk menakut-nakutkan manusia.
“Artikel itu memang ada disiarkan oleh akhbar Ammennusatia tetapi ia berdasarkan surat pembaca yang menulis pengalamannya.
“Setelah disiasat, penulis artikel berkenaan juga tidak dapat dikesan manakala cerita itu ditokok tambah,” kata Buhler.Malangnya, Buhler tidak cuba mencari Azzacov serta menguji kebenaran foto dan rakaman suara aneh itu.


SUMBER

Kalimah Allah Di Temui Di Cap Jari


Kalimah Allah telah dijumpai secara tidak sengaja pada cap jari seorang manusia yang identitinya tidak diketahui. Subhanallah, Alhamdullillah, Allahuakbar.

Subhanallah! Kalimah Allah di Cap Jari,Kalimah Allah telah dijumpai pada cap jari seorang manusia yang identitinya tidak diketahui. Dalam gambar yang banyak tersebar di internet ini.
 Apa-apa pun, mari kita lihat cap jari yang mempunyai kalimah Allah ini. Semoga iman dan amal kita bertambah insyaAllah. Subhanallah. Maha Suci Allah.


Ketika Allah SWT menyatakan dalam Al-Qur’an bahawa amat mudah bagiNya untuk membangkitkan manusia selepas kematian, cap jari manusia secara khusus ditekankan;


أَيَحْسَبُ الْإِنْسَانُ أَلَّنْ نَجْمَعَ عِظَامَهُ (3) بَلَى قَادِرِينَ عَلَى أَنْ نُسَوِّيَ بَنَانَهُ (4)
Apakah manusia mengira bahawa kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang-temulangnya?. Bahkan, Sebenarnya Kami berkuasa untuk menyusun (kembali) jari-jemarinya dengan sempurna. 


Surah al-Qiyamah ; 3-4


Cap Jari mempunyai keunikannya yang tersendiri. Betapa hebatnya ciptaan Allah SWT ini, walaupun jumlah manusia di muka bumi ini berbilion ramainya sejak dari kelahiran Nabi Adam 
AS sehinggalah terjadinya hari Kiamat, namun cap jari manusia tidak sama.
Cap Jari adalah tanda identiti seseorang yang sangat penting bagi pengesahan identiti khususnya melibatkan aspek keselamatan, pencegahan jenayah dan sebagainya. Ini kerana cap jari merupakan tanda 'eksklusif' seseorang dan diterima pakai di seluruh dunia.


Walau bagaimanapun, kehebatan cap jari ini hanya diketahui oleh manusia sekitar abad yang ke 19, sedangkan Allah SWT telah menjelaskan tentang kepentingan dan keajaiban cap jari 
ini lebih seribu tahun yang lalu di mana ketika itu manusia tidak mengambil perhatian dan menganggapnya sebagai organ biasa tanpa sebarang keajaiban dan kepentingan.