Latest Updates
Tampilkan postingan dengan label DUNIA. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label DUNIA. Tampilkan semua postingan

Ada Lautan Dalam Lubang Di Mexico

Ada lautan di dalam lubang ? Ya memang benar lautan ini wujud dan ditemui di Puerto Vallarta Mexico setelah sekian lama tersembunyi di dalam lubang besar, akhirnya pantai yang indah ini ditemui juga.

Di kelilingi hutan belantara ini ada lubang yang misteri

Di dalam lubang ini ada pantai dan lautan yang indah

Pandangan dari udara, Memang menakjubkan


Tak percaya? Lihat video ini :

2 Sahabat Terpancing Sotong Gergasi


Bryce tak menyangka. Ketika sedang asyik memancing dengan menggunakan perahu bersama rakannya bernama Mark, Bryce terpancing seekor sotong gergasi.


Bryce mulanya menyangka mata pancingnya itu tersangkut karang di laut. Bila diangkat rupanya seekor sotong raksasa. Haiwan gergasi itu semasa ditarik ianya melenggak-lenggok di air. "Ini Sotong Gergasi," kata Bryce.Sementara kawannya bernama Mark seperti tidak percaya Bryce mendapat sotong raksaksa. "Betul ke," ujar Mark.


Kerana tidak percaya, Bryce terus berusaha menarik sotong gergasi itu ke permukaan laut. Mark baru percaya setelah haiwan gergasi itu mengepakkan kaki-kakinya.
Peristiwa ini telah dirakam dan dimuat naik ke "Youtube" terus mendapat sambutan luar biasa. Video yang dimuat naik pada 16 Mei 2012 itu telah ditonton 19.171.708 orang.

Lihat videonya di bawah ini:

Gempar Ribut Haboob Membadai Phoenix

Ribut debu terbesar membadai bandar Phoenix  menyebabkan kuasa elektrik terputus kepada 9,000 rumah dan menutup lapangan terbang antarabangsa.Dikenali sebagai haboob, yang adalah bahasa Arab untuk 'angin kencang' .
Habuk awan kelabu kekuningan berserta ribut petir dengan kelajuan perjalanan pada 35 mph, kira-kira 2,000 kaki tinggi dan hampir 100km luas. Ribut Haboob yang hanya berlaku di Afrika, Timur Tengah, Australia dan Phoenix, Arizona.

1.5 juta penduduk Phoenix membantah istilah pengunaan nama 'Haboob' kerana ianya di ambil dari bahasa Arab.Istilah yang digunakan, Ahli meteorologi di bandar ini mengesahkan bahawa mereka telah menggunakan perkataan Arab untuk menggambarkan ribut debu terbesar ini selama lebih 30 tahun.
LIHAT VIDEO


SUMBER

Matahari Kedua Ada Di Itali

Di Itali, ada sebuah pekan kecil yang pelik kerana keunikannya di kalangan pelancong. Bayangkan, pekan kecil yang ada di dalam lembah ini mempunyai matahari sendiri.

Bukan gurauan,Viganella adalah sebuah pekan kecil yang terdapat di dasar lembah yang ada di Piedmont, Provinsi Verbano-Cusio-Ossola, Itali. Hampir sepanjang tahun, pekan kecil ini tidak pernah disinari oleh matahari seperti wilayah lainnya di dunia. Pada ketika musim sejuk, masyarakat Viganella dapat merasakan kesejukkan yang nsungguh luar biasa.
Pekan Viganella Yang terletak Di bawah Lembah Gunung
Ilustrasi : kedudukan Pekan Viganella dan proses pemantulan sinar matahari

Idea hebat ini  muncul dari kepala Giacomo Bonzani, arkitek yang cuba menciptakan matahari untuk Pekan Viganella. Awalnya, banyak penduduk yang membantah idea arkitek ini, Kerana di anggap mustahil. Namun, Giacomo telah memuktikannya sehingga ideanya menjadi kenyataan.


Tapi saya yakin. Saya percaya pada ilmu fizik,dan akal yang telah di kurniakan kepada saya" kata Bonzani yang dipetik dari Oddity Central, Isnin  (16/7/2012).Bonzani membuat cermin raksasa yang mampu memantulkan cahaya matahari ke arah pekan kecil yang ada di dasar lembah. Cermin raksasa ini kemudian di gelar oleh masyarakat Viganella sebagai matahari kedua.
Sinar dari matahari buatan
Cermin tersebut dikendalikan oleh perisian komputer supaya boleh  mengesan di mana sumber matahari dan mampu memantulkannya secara automatik ke arah pekan kecil ini. Bukan sahaja masyarakat Viganella yang dapat merasakan kesan dari sinar matahari tersebut, tetapi juga para pelancong yang ingin tahu tentang kewujudan matahari kedua ini.
Cermin raksasa pemantul sinar matahari
Selain berfungsi menyinari pekan kecil ini, ternyata matahari buatan juga sudah menjadi destinasi pelancong. Pengunjung yang datang bukan sahaja dari Itali, tetapi juga dari berbagai


negara. Lembah ini memiliki pemandangan yang sangat cantik lengkap dengan cuacanya yang sejuk. Masyarakat Viganella juga sangat ramah dengan para pengunjung yang datang.
LIHAT VIDEO




sumber / pangkalanunik &Youtube

Bumi Di Ramal Musnah 2182?

LONDON - Saintis-saintis memberi amaran bahawa ombak tsunami setinggi beberapa ribu meter mungkin memusnahkan tamadun manusia pada tahun 2182 kesan daripada hentaman sebuah asteroid gergasi, lapor sebuah akhbar.


LAKARAN artis menunjukkan kawah terbentuk akibat hentaman asteroid di Semenanjung Yucatan di Mexico sehingga mengakibatkan kepupusan dinosaur.


Kebarangkalian asteroid atau planet kecil yang dinamakan 1999 RQ36 itu menghentam bumi pada tahun berkenaan adalah satu nisbah 500 yang dianggap mungkin boleh berlaku.
Asteroid 1999 RQ36
Asteroid berdiameter kira-kira 548.6 meter itu yang pertama kali ditemui pada tahun 1999 merupakan sebahagian kumpulan Asteroid Berpotensi Merbahaya (PHA).
Menurut beberapa saintis, sebarang usaha termasuk letupan nuklear, untuk mengubah haluan asteroid itu perlu dilakukan 100 tahun lebih awal dari tarikh pelanggarannya sekiranya bumi ingin diselamatkan. - Agensi


LIHAT VIDEO

Osama Jadi Zombi

LOS ANGELES, — Masih mengenakan serban putih, yang sudah lusuh berwarna kuning kecoklat-coklatan, pakaian compang-camping, pemimpin kumpulan militan Al Qaeda, Osama bin Laden, bangkit dari kuburnya. 
Dengan tubuh yang separuh membusuk, Osama memimpin sekumpulan mayat hidup kumpulan militan Al Qaeda dalam serangan terhadap tentera NATO di Afganistan.


Korban peperangan bergelimpangan. Bukan hanya di kalangan militan Al Qaeda sahaja, tetapi juga tentera Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya. 
Bukan hanya terbunuh dalam peperangan, kumpulan tentera itu pun mengalami nasib sama dengan Osama dan juga kumpulan militannya, yang berubah menjadi mayat hidup.
Osama di gambarkan sebagai mayat hidup atau Zombie. 


Kematian Osama bin Laden dipermainkan
Kematian Osama bin Laden dipermainkan
Adegan ini sudah tentu bukan kisah benar. Kisah Osama bangkit dari kubur, itu hanyalah sebahagian sedutan filem Hollywood berjudul "Ozombie", yang akan di tayangkan keseluruh pawagam-pawagam dunia dalam masa terdekat ini. 


Menurut Executive Producer filem Ozombie, Kynan Griffin, seperti dipetik dari Dailymail, naskah untuk filem panjang itu ditulis sebelum Osama terbunuh dalam operasi pasukan khusus AS, bulan Mei lalu.


Cerita di filem "Ozombie", berkisah pada kehidupan seorang pelatih yoga berasal dari Colorado, AS, Dusty, yang sedaya upaya upaya menyelamatkan adiknya, Derek.
Derek yang sedang mengkaji teori konspirasi berkisar tentang bangkitnya Osama dari kubur membuatnya menghadapi sekumpulan mayat hidup bersenjata yang dipimpin oleh Osama 
bin Laden.
Poster filem : Osambie: The Axis of Evil Dead
Film yang sarat dengan adegan peperangan ini banyak mengambil lokasi di wilayah Timur Tengah. Menurut Kynan pihaknya merakam filem "Ozombie" di Utah, AS. "Kami sangat menikmati setiap pengambaran yang kami lakukan," tuturnya.


Namun, filem ini juga menjadi kontroversi. Seorang anggota Kongres AS dari Parti Republik, Peter King, melancarkan kritiknya terhadap film "Ozombie". "Ini filem yang sangat prosedural tentang CIA dan keupayaan mereka untuk menemukannya," katanya.


Sedutan Filem : Osambie: The Axis of Evil Dead

Bersabung nyawa ke sekolah

Bersabung nyawa ke sekolah


KAMPUNG SANGHIANG TANJUNG, Indonesia - Beberapa pelajar bersabung nyawa untuk pergi ke sekolah apabila mereka menggunakan sebuah jambatan yang hampir runtuh akibat banjir.
Banjir akibat paras air Sungai Ciberang naik menyebabkan satu bahagian jambatan tersebut runtuh.
Menurut agensi berita Reuters, jambatan itu dibina pada 2001.

Seorang pelajar, Sofiah menyatakan dia perlu berjalan selama 30 minit jika mahu pergi ke sekolah di Kampung Sanghiang Tanjung dengan menggunakan sebuah lagi jambatan.
Para pelajar itu sanggup berjalan dengan tangan mereka memegang kayu yang berlubang dalam keadaan mengiring semasa mereka menggunakan jambatan tersebut.
Kepingan kayu tempat kaki orang ramai berjalan di jambatan itu berada dalam keadaan senget dan sebahagiannya berlubang selepas ia runtuh akibat banjir. - Agensi
PELAJAR menggunakan jambatan yang rosak untuk ke sekolah yang berada di seberang sungai Ciberang di Lebak, Wilayah Banten, Indonesia.
SEORANG pelajar, Sofiah (depan) memegang kayu jambatan yang runtuh untuk menuju ke sekolah di Kampung Sanghiang Tanjung semalam.

Israel akui ambil organ penduduk Palestin

Keadaan mangsa yang kehilangan organ dalamannya - Link

BAITULMAQDIS - Israel akhirnya mengakui bahawa dalam tahun 1990-an, anggota-anggota forensiknya mengambil organ manusia termasuk jenazah penduduk Palestin tanpa kebenaran keluarga mereka.

Isu kontroversi tersebut ditimbulkan berikutan pendedahan media berhubung satu wawancara dengan bekas ketua Institut Forensik Abu Kabir di Israel, Dr. Jehuda Hiss.
Wawancara itu dilakukan pada 2000 oleh seorang ahli akademik Amerika Syarikat (AS) yang kemudian mendedahkannya kepada media.
Dia berbuat demikian untuk menyokong dakwaan sebuah akhbar Sweden yang melaporkan pada musim panas lalu bahawa tentera Israel membunuh penduduk Palestin untuk mengambil organ mereka.
Israel sebelum ini bermati-matian menafikan melakukan pembunuhan tidak berperikemanusiaan itu.
"Kami bermula dengan mengambil kornea mata mereka. Apa yang kami lakukan tidak didedahkan dan tanpa kebenaran keluarga mereka (penduduk Palestin)," kata Hiss.
Laporan sebuah stesen penyiaran Internet, Channel 2 menyatakan, pakar-pakar forensik di Abu Kabir mengambil kulit, kornea, injap jantung dan tulang mayat askar Israel, warga Israel dan jenazah penduduk Palestin dan mayat pekerja asing tanpa kebenaran saudara mara mereka.
Dalam maklum balas mengenai laporan saluran berita itu, tentera Israel mengaku perbuatan tersebut berlaku.
"Aktiviti itu berakhir sedekad lalu dan ia tidak diteruskan," kata satu kenyataan tentera Yahudi. - AP