Latest Updates
Tampilkan postingan dengan label 1001 Rahsia. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label 1001 Rahsia. Tampilkan semua postingan

4 JENIS IKAN PEMBAWA TUAH BAGI PEMILIKNYA

Selain sebagai peliharaan yang lucu, ikan juga seringkali dipercaya dapat membawa tuah dan keseimbangan dalam rumah. Namun, ikan jenis yang dipercaya memberikan tuah kepada pemeliharanya ?


1. Arowana


Ikan Arowana- melambangkan tuah dan dianggap memiliki kekuatan besar dalam feng shui. Arowana melambangkan kesehatan, kemakmuran, dan kegembiraan, serta kekuasaan dan harta. Arowana juga dipercaya dapat mengusir malang dan makhluk halus. Tempat yang tepat untuk meletak ikan Arowana berdasarkan feng shui adalah di sebelah utara, timur, atau tenggara rumah.

2. Lou Han 


Ikan Lou Han- juga merupakan ikan yang popular dalam feng shui yang dipercaya mampu memberikan kuasa baik pada ruangan sekitarnya. Ikan ini juga dipercaya boleh mendatangkan cinta dan kesenangan bagi pemiliknya.

Ikan Louhan yang memiliki berbagai macam warna cerah dan titik hitam yang besar dipercaya sebagai pertanda kemakmuran dan kekayaan. Berdasarkan feng shui, ikan Lou Han akan memberikan kekayaan jika diletakkan di sebelah Tenggara. Sementara meletakkan Lou Han di Timur dipercaya bisa meningkatkan kebahagiaan dan kesejahteraan keluarga.

3. Longfin Koi (Butterfly Koi atau Dragon Carp)


Ikan Koi-dipercaya boleh memberikan pemiliknya sukses, kekayaan, dan cita-cita yang tinggi. Ikan Longfin Koi dipercaya sebagai perenang hebat yang legenda dan mampu berenang melawan arus. Sehingga ikan ini melambangkan kejayaan kerjaya dan pencapaian yang tinggi.

Ikan ini juga dipercaya boleh mendatangkan tuah bagi pelajar dan orang-orang yang bekerja. Menurut feng shui memelihara sembilan ikan Longfin koi di akuarium akan menyerap kuasa negatif pada lingkungan Anda dan menyebarkan kuasa positif, dan akan memberikan peningkatan kerjaya jika diletakkan di sebelah utara.

4. Ikan Maskoki (Ikan Emas)



Ikan Maskoki-dipercaya sebagai ikan yang membawa tuah yang memberikan kuasa positif. Biasanya lapan ikan Maskoki dipelihara dengan satu ikan hitam untuk membuang malang. Memelihara dua ikan Maskoki akan memberikan keseimbangan dalam hubungan Anda dan pasangan. Selain aspek tuah, ikan Maskoki juga dianggap sebagai ikan yang paling cantik.

Itulah empat jenis ikan yang dipercaya boleh membawa tuah bagi pemiliknya.

Ketahui Rahsia Garisan Tapak Tangan Anda


Cuba perhatikan setiap garisan pada tapak tangan kita dan bandingkan dengan garisan yang bernombor seperti rajah di atas. Setiap garisan mempunyai maksud yang tertentu. Tapi jangan panik, bukan semua garis yang dinyatakan itu terdapat pada tapak tangan anda dan bentuknya juga berbeza-beza. Ada yang kurang jelas, putus-putus dan sebagainya. Menurut kitab Jawa Primbon semua itu ada makna yang tersirat. Mari kita lihat apa makna yang tersirat itu . . .

1. Garis Kehidupan
Garis bertanda nombor 1 ini adalah berkaitan dengan kehidupan kamu. Semakin ia panjang dan terang garisnya, semakin baik maksudnya. Dikatakan seseorang itu akan panjang jangka hayatnya jika mempunyai garis yang sedemikian lebih-lebih lagi jika garisnya mencecah hingga ke penghujung.

2. Garis kecergasan
Garis bertanda nombor 2 ini pula bersangkutan dengan tahap pemikiran dan keupayaan kamu untuk berjaya ke peringkat tinggi. Misalnya seorang pelajar, jika ia jelas, terang dan lurus, ia memperlihatkan bahawa kamu seorang yang bekerja keras untuk berjaya dalam pelajaran dan kamu berupaya untuk belajar dengan lebih gigih.. Bagi kamu, setiap kejayaan perlu disertakan dengan usaha yang gigih. Tidak hairanlah orang yang mempunyai garis ini mampu menjejakkan kaki ke me nara gading tanpa sebarang masalah.

3. Garis hati/cinta
Garisan ini melambangkan perasaan dan percintaan kamu. Sekiranya kamu mempunyai satu garis yang panjang dan lurus, ia menunjukkan bahawa kamu setia dalam percintaan dan mungkin hanya mengalami satu episod cinta saja. Manakala sekiranya garis itu putus-putus dan terdapat cabang-cabang lain, ini menunjukkan kamu mungkin mempunyai beberapa pengalaman gagal dalam bercinta sebelum menemui cinta yang sejati. Malah jangan terkejut, ada di antara kamu yang mempunyai garis putus-putus ini ‘ curang’ dan menjalinkan hubungan cinta dengan lebih daripada seorang gadis/jejaka dalam masa yang sama!

4. Garis kejayaan
Cuba kamu perhatikan garis yang bertanda nombor 4 ini. Adakah ia terdiri daripada satu garis sahaja? Kadangkala terdapat sesetengah orang yang mempyai dua atau lebih garisan ini. Dikatakan mereka ini bakal memperolehi kejayaan cemerlang dalam dua kerjaya atau apa juga yang diceburi oleh mereka nanti, mengikut garis yang terpamer di telapak tangan kamu itu.

5. Garis matahari ( Sun line)
Bukan semua orang yang mempunyai garis ini yang kelihatan dengan begitu jelas dan nyata. Sekiranya kamu mempunyai garisan sedemikian, ia menunjukkan kamu akan menjadi kaya dan terkenal dalam kehidupan kamu. Sebab itulah, ada orang yang mampu meraih kejayaan dalam dua bidang yang dilakukan dalam masa yang sama. Ini kerana sudah tersurat bahawa mereka ini mudah mendapat kejayaan.

6. Garis kesihatan
Sama seperti garis kehidupan, sebaik garisan adalah yang kelihatan jelas, lurus dan tidak putus-putus. Sekiranya garis ini putus-putus, ini menunjukkan tahap kesihatan kamu tidak begitu baik. Begitu juga sebaliknya.

7. Garis perkahwinan
Sekiranya garisan itu membentuk bulatan menghala ke arah kanan hingga ke tapak tangan, kamu diramalkan bakal mempunyai sebuah perkahwinan yang kekal dan bahagia selama-lamanya. Perkahwinan wujud hanya sekali saja dalam hidup kamu. Tiada lagi yang kedua dan seterusnya…

8. Garis bilangan anak
Setiap orang pasti ingin atau menyimpan hasrat untuk memiliki cahaya mata sendiri bila tiba masanya nanti. Berapa orang anakkah yang kamu inginkan? Tidakkah kamu perlu mengetahuinya? Apa yang perlu kamu lakukan ialah dengan mengira berapa banyak garisan halus dan pendek yang kamu miliki dan ia sebenarnya mewakili jumlah bakal anak kamu nanti. Misalnya kamu mendapat terdapat empat garisan Dan ini bermakna jumlah anak kamu nanti ialah empat orang.

9. Garis perjalanan
Adakah kamu ini seorang yang sukakan sesuatu kehidupan yang mencabar, suka merantau atau melawat tempat-tempat asing? Sudah tentunya kamu ini mempunyai garisan perjalanan yang cukup jelas dan terang, seperti yang dinyatakan pada garisan bernombor 9. Tidak hairanlah sekiranya kamu ini juga suka hidup berpindah-randah dan mudah bosan dengan sesuatu tempat.

10. Garis kewangan
Setiap orang semestinya mengimpikan kehidupan yang sempurna dan bahagia. Tentu sekali ia mudah dicapai jika mempunyai kewangan yang kukuh. Bagi kamu yang memiliki garisan bernombor 10 ini dengan jelas dan terang, dikatakan kamu mampu memperolehi Wang yang banyak melalui pekerjaan yang kamu lakukan itu.

11. Garis pergelangan tangan
Cuba kamu perhatikan pada pergelangan tangan kamu di sebelah dalamnya. Terdapat garis-garis seolah-olah gelang kan ? Diramalkan, setiap garis membentuk gelang itu mewakili 25 tahun jangka hayat kamu. Kira saja berapa gelang yan gkamu ada dan ramalkan jumlah hayat kamu sendiri! Tapi awas! Jangan terlalu percaya sangat. Ajal dan maut di tangan Tuhan kan ?

RAHSIA DI SEBALIK CARA TIDUR KITA


Setiap orang mempunyai cara dan tabiat tidur yang tersendiri. Berikut ialah rahsia disebalik cara dan tabiat tidur manusia. 


1. Tidur telentang dengan kedua-dua telapak tangan diletakkan di belakang kepala


Kamu adalah individu yang sangat pintar dan sentiasa bersemangat untuk belajar. Kadangkala kamu sering memberikan idea yang bernas dan unik yang mungkin tidak pernah difikirkan oleh individu lain. Keluarga adalah agenda utama dalam hidup mu dan kamu menjaga keluargamu sebaik mungkin! Tetapi kamu sukar untuk bercinta mungkin disebabkan dirimu yang agak memilih.


2. Selubung seluruh badan dengan selimut


Kamu sering berpenampilan macho di hadapan orang ramai namun hakikatnya jauh di dalam diri kamu itu, kamu adalah individu yang pemalu dan lemah. Kamu terlalu menyimpan rasa dan sekiranya kamu berhadapan dengan sesuatu masalah, kamu lebih gemar emendamnya dan menghadapinya secara bersendirian tanpa meminta bantuan orang lain. Tidak hairanlah mengapa kamu sering meracau sewaktu dalam tidurmu.


3.. Tidur dengan kedua-dua tangan diletakkan di belakang kepada dan kaki bersilang


Sesiapa yang tidur dengan gaya kaki bersilang dianggap terlalu mementingkan perasaannya sendiri dan sukar untuk menerima perubahan dalam diri. Kamu lebih gemar bersendiri walau bagaimanapun sikap toleransi yang yang ada dalam diri kamu memang dipuji.


4. Tidur meringkuk


Kamu berasa keseorangan dan kecewa kerana masa silam sering menghantui diri kamu. Kamu sering teragak-agak dan berbelah bagi untuk memberi cinta kepada pasangan mu. Kamu beranggapan cinta telah lama hilang dalam hidupmu.


5. Tidur mengiring dan meringkuk


Pentingkan diri sendiri, cemburu dan pendendam adalah antara perkataan yang mampu menjelaskan personaliti mu. Individu yang berada di sekeliling mu harus sentiasa berhati-hati supaya tidak menyakiti diri mu kerana kamu dengan mudah akan meradang terhadap individu berkenaan.


6. Tidur mengiring dengan salah satu kaki dibengkokkan


Kamu adalah individu yang cerewet dan selalu mengkritik dan merungut. Si gemuruh itu adalah nama kedua untuk diri mu. Selain itu kamu juga mudah bosan dan kadangkala terlebih ghairah untuk sesuatu perkara yang kecil/kurang penting. Hakikatnya, kehidupan bukanlah sesuatu yang sukar sebaliknya kamu harus belajar uuntuk lebih bertenang.


7. Tidur mengiring dengan beralaskan lengan tangan di kepala


Berbeza dari individu yang tidur dengan gaya tidur mengiring dan meringkuk tadi. Kamu adalah individu yang berani, bersopan santun, lebih jujur dan penyayang. Walau bagaimanapun, tiada manusia yang sempurna 100% di dunia ini. Justeru, kamu perlu membina keyakinan diri yang lebih utuh di dalam diri dan sentiasa belajar menerima kesilapan dan kekurangan yang ada dalam diri kamu itu. Sekiranya kamu mempraktikkan semua ini, kegembiraan akan menjadi milik mu yang abadi.


8. Tidur meringkuk di satu arah


Gaya tidur sebegini melambangkan kamu adalah individu yang yakin pada diri sendiri. Kamu akan mellihat kejayaan dalam setiap perkara yang kamu lakukan. Kamu akan berusaha untuk merealisasikannya sebaik mungkin. Individu yang tidur mengiring pada arah kanannya dengan meletakkan tangan kanannya di kepala, dikatakan memiliki masa depan yang cerah.


9. Tidur telentang dengan tangan dan kaki sedikit mendepa


Gaya tidur sebegini memperlihatkan identiti diri mu yang sebenar. Kamu cintakan kebebasan, keselesaan dan kecantikan. Selain itu kamu juga adalah tergolong dalam kategori pemboros namun kamu beruntung kerana pendapatan yang kamu miliki tidak kurang hebatnya. Sikap penyibuk dan gemar bergosip juga ada dalam diri kamu… jadi, siapa pula yang kamu maksudkan dalam cerita rekaan mu baru-baru ini?


10. Tidur meniarap


Sekiranya kamu tidur dengan gaya meniarap sepanjang malam, kamu adalah individu yang berfikiran agak sempit. Fikiran kamu terlalu tertumpu dan sering memaksa individu lain untuk memenuhi impian diri kamu sendiri. Kamu juga adalah individu yang lalai dan tidak teratur!Jadi, sudah tiba masanya untuk kamu berubah… apa kata kamu ubah gaya tidur mu itu dulu ….

RAHSIA DISEBALIK NOMBOR RUMAH ANDA


Pernahkah anda terfikir mengapa anda memilih rumah yang anda duduki sekarang? 
Apa nombornya?
Apa yang menyebabkan anda berminat untuk tinggal di rumah tersebut?
Di bawah ini terdapat pengiraan nombor rumah dan rahsia disebaliknya. Namun rahsia ini hanyalah rekaan manusia semata-mata. Jadilah janganlah percaya bulat-bulat.


Pengiraan:
Nombor 511 = 5+1+1= 7
Jadi angka rumah anda ialah 7.Baca keterangan 7 di bawah....

Nombor 388
= 3+8+8=19
19 = 1+9=10
10 = 1+0 = 1
Jadi angka rumah anda ialah 1. Baca keterangan 1 di bawah....

Rumah nombor 1
Penghuni yang tinggal di rumah ini dikatakan mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap keluarga. Anda juga sering berasa kesepian,oleh itu cubalah mencari hobi yg sesuai utk mengisi masa lapang. Anda juga harus mencari banyak peluang untuk bersantai bagi merehatkan fikiran dan tubuh badan. Sentiasa menghadapi hari-hari yg mendatang dengan penuh ceria dan gembira.

Rumah nombor 2
Penghuni yang tinggal di rumah ini selalunya dibebani masalah orang lain. Jangan terlalu banyak menyendiri. Carilah teman-teman untuk berbicara. Anda yang bernaung di bawah zodiak Cancer akan tertarik dengan angka ini. Rumah ini akan memberikan banyak kenangan kepada penghuninya.

Rumah nombor 3
Penghuni yang tinggal di rumah ini bercita-cita tinggi dan sangat menggemari pengembaraan dan percutian. Anda berani mengambil risiko tanpa memikirkan akibatnya dengan lebih mendalam. Anda juga sangat mementingkan 'kesempurnaan' dalam segala-galanya bahkan rumah anda ada tempat-tempat khas untuk meletakkan barang tertentu mengikut kesesuaian. Anda amat menitik beratkan soal kecantikan dalaman dan luaran rumah, sehinggakan setiap orang yang datang akan merasa tenang dan senang, serta sering menimbulkan rasa iri hati jiran-jiran. Mereka yang berbintang Sagitarus amat gemar mengunjungi rumah penghuni di rumah nombor 3.

Rumah nombor 4
Hidup si penghuni rumah ini sering di kelilingi oleh masalah, membuatkan kehidupan seseorang itu tidak berasa tenang. Jadi tidak hairanlah penghuni di rumah ini kerap kali bertemu pakar psikologi dan kaunselor. Jika anda berpindah ke rumah yang bernombor ini, kehidupan anda akan berubah secara dramatis. Mereka yang lahir di bawah bintang Aquarius akan tertarik pada nombor jenis ini. Rumah jenis ini agak berlainan jika hendak dibandingkan dengan rumah yang lain. Tapi harus diingatkan supaya jangan terlalu boros di dalam berbelanja.

Rumah nombor 5
Rumah jenis ini boleh diibaratkan seperti hotel. Sesiapa sahaja boleh keluar masuk di rumahmu,mereka yang tinggal di rumah nombor ini selalunya jenis orang yang suka berusaha dan berniaga. Mereka juga mendapat keuntungan yang besar dalam perniagaan.Biasanya mereka yang bernaung di bawah zodiak Virgo dan Gemini akan tertarik dengan nombor ini.Namun begitu penghuninya sering mendapat penyakit kulit. Polisi insuran sering mendapat perhatian khusus dari pernghuni rumah ini. Mereka juga sering menerima panggilan telefon dan surat yang tersalah alamat.Rumah nombor ini dikatakan mewah dengan kebendaan.

Rumah nombor 6
Anda yang tinggal di rumah yang bernombor ini memang jenis yang suka bercucuk tanam. Angka 6 ini berkait dengan tumbuh-tumbuhan.Juga,dikatakan lambang kematangan. Para penghuninya mempunyai daya kreativiti yang tinggi.Tidak mustahil anda akan menemui bakat-bakat yang tersembunyi pada diri penghuninya. Mereka yang berbintang Taurus dan Libra menyukai nombor ini walaupun ia menyimpan pelbagai misteri yang tersembunyi. Anda juga sangat sesuai dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan muzik. Rumah anda juga sering menjadi tumpuan rakan-rakan dan saudara mara yang sukakan layanan yang anda berikan.

Rumah nombor 7
Satu angka 'aneh' .Tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata apakah misteri yang tersembunyi dan penghuninya sering bermain-main dengan teka-teki. Sebelum anda menduduki rumah tersebut, periksa dahulu semua kemudahan asas terutama sistem bekalan yang boleh mendatangkan masalah kepada anda nanti. Dikatakan anda yang menghuni rumah nombor ini akan sering berulang-alik ke hospital, samada kerana anda atau keluarga anda yang sakit, malah anda juga akan sering pergi untuk melawat rakan-rakan atau saudara mara yang sakit. Sepanjang anda tinggal di rumah tersebut , anda sentiasa melakukan perubahan dari segi penyusunan perabut rumah. Anda mudah dihinggapi penyakit dibahagian kaki. Anda yang bernaung di bawah zodiak Pieces tertarik untuk mendiami rumah nombor ini. Jangan terlalu boros berbelanja dan fikirkan masa depan anda.Berbelanjalah secara rasional.

Rumah nombor 8
Rumah ini lebih digemari oleh golongan yang sudah berumur jika dibandingkan dengan remaja. Penghuninya gemar mengumpul jam tangan yang pelbagai bentuk,jenis dan jenama serta menunjukkan waktu yang berlainan. Sebelum berpindah ke rumah ini,periksa dahulu dalam persekitaran rumah itu terutamanya struktur tanah.Warga Capricorn sangat tertarik untuk mendiami rumah ini berbanding dengan nombor lain, sebaliknya, ia mendatangkan kerugian pula kepada warga Aquarius.Banyakkan makan sayuran dan kamu prihatin terhadap kesihatan kamu terutamanya yang berkaitan dengan pemakanan.

Rumah nombor 9
Anda yang tinggal di rumah yang mempunyai angka 9, biasanya tidak suka mengakhiri persahabatan dengan kekerasan dan permusuhan. Disebabkan sikap anda yang telalu behati-hati,telah menyebabkan anda kurang berminat untuk menjemput rakan-rakan bertandang ke rumah anda. Namun begitu anda jenis yang peramah dan jujur.Mereka yang berbintang Aries dan Scorpio tertarik dengan angka ini. Bahkan ia sering mengundang kebahagiaan di dalam hidup anda yang menghuni di rumah ini.Mengembara dan ingin mendalami sesuatu yang baru adalah tabiat semulajadi bagi mereka yang menghuni rumah ini. Anda pandai mengatur masa depanmu agar tidak terpesong dari landasan hidupmu seperti yang dicita-citakan selama ini.

Lagu Bukan Sebarang Lagu

Kita tengok arwah Loloq tu orang nya macam tu kann...jenis macam rock-rock,Tapi sebenarnya dia punya kefahaman mengenai ketuhanan ni sangat dalam,itu yang hendak diterjemahkan dalam lirik-lirik lagu M. Nasir,Penemuan dia tentang hakikat siapa diri kita ini yg sebenarnya...


kalau orang yang tidak faham, memang tidak akan minat dengan lagu-lagu nyanyian M. Nasir ni. pada mereka lagu tu berat.Banyak lagu-lagu M.nasir yang berunsurkan ketuhanan,Saya hanya senaraikan dua lagu sahaja.Di sebalik Cermin Mimpi dan Tanya Sama Itu Hud-Hud.

Di Balik cermin mimpi

Di Balik Cermin Mimpi
Di balik cermin mimpi
Aku melihat engkau
Di dalam engkau
Aku melihat aku
Ternyata kita adalah sama
Di arena mimpi yang penuh bermakna


Bila bulan bersatu dengan mentari
Bayang-bayang ku hilang
Di selebungi kerdip nurani
Mencurah kasih, kasih murni
Mencurah kasih


Di balik cermin, cermin mimpi
Adalah realiti yang tidak kita sedari
Hanya keyakinan dapat merestui
Hakikat cinta yang sejati
Hakikat cinta yang sejati


Dengan tersingkapnya tabir siang
Wajah kita jelas terbayang
Dan terpecah cermin mimpi
Menjadi sinar pelangi
Pelangi


Tanya sama itu Hud-Hud

Tanya sama itu Hud-Hud

Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan


Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh


Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu


Lihat dunia dari mata burung
Atau lihat dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih


Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini


Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu


Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai


"Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerna dia yang terbangkan ku ke mari"


"Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerna dia yang terbangkan ku ke mari"


Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu


Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan


Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh


Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu


Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai


"Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerna dia yang terbangkan ku ke mari"


"Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerna dia yang terbangkan aku ke mari"
Lai lai la lai la lai
Lai lai la lai la lai



Rasulullah (s.a.w) bersabda: ‘Sesungguhkan di kemudian hari nanti akan berpecah-pecah umatku sebagaimana berpecahnya kaum Yahudi dan Nesrani dalam ugama mereka. Berpecah umatku menjadi 73 firqah (atau golongan atau mazhab), 72 golongan atau firqah atau mazhab masuk Neraka dan satu (sahaja) masuk Syurga.’
Maka bertanya para sahabat: ‘Siapa golongan yang satu itu, ya Rasulallah (s.a.w)?’
Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Iaitu yang mengikut jalanku (yakni, sunnah beliau atau as-Sunnah) dan jalan sahabat-sahabatku yang benar lagipun diberi petunjuk oleh Allah (a.w).’
(Hadith sahih riwayat at-Termidzi dll)

Kisah Burung.
Mantiq Al-Tayr (Musyawarah Burung) merupakan karya yang paling fenomenal dari Fariduddin Attar. Kitab itu berisi pengalaman spiritual yang pernah dilaluinya untuk mencari makna dan hakikat hidup. Attar menuangkan pengalamannya itu melalui sebuah cerita perjalanan sekawanan burung agar lebih mudah dimengerti.
Dengan gaya bertutur, kitab itu mengisahkan perjalanan sekawanan burung untuk mencari raja burung yang disebut sebagai Simurgh (Muraq) di puncak Gunung Kaf yang agung. Sebelum menempuh perjalanan berkumpulah segala burung di dunia untuk bermusyawarah. Tujuan mereka hanya satu yakni mencari raja. Dalam perjalanan itu, para burung yang dipimpin oleh Hud-hud.
Untuk sampai ke hadrat Si Muraq, mereka harus tempuhi tujuh lembah yang penuh halangan.
Lembah pertama adalah lembah keinginan. Di sini semua burung diminta bertaubat dan meninggalkan kehendak duniawi.
Lembah kedua adalah lembah kerinduan di mana semua burung perlu menyelami lautan api agar tubuh mereka terbakar.
Lembah seterusnya adalah lembah makrifat, di sini semua burung harus memilih jalan sendiri lantaran “terlalu banyak jalan menuju yang satu, dan setiap satu disediakan bagi jiwa yang sesuai dengannya.”
Di lembah kepuasan, semua tuntutan, semua nafsu duniawi harus ditanggalkan dari hati.
Di lembah kesatuan, yang banyak menjadi satu.
Sebaik saja sampai ke lembah yang keenam, lembah kekaguman, burung-burung itu, yang sangat keletihan dan kebingungan, menembusi hijab berpasang-pasangan, dan mendapati jiwa mereka kosong. Hinggakan mereka menangisi, “aku tidak mampu berfikir lagi lantaran ghaibnya segala ilmu dari diriku.” “Aku curiga atas curiga ku ini, namun rasa curiga itu sendiri pun aku tak pasti, aku mendambakan, tapi siapakah yang sebenarnya aku dambakan?“
Akhirnya di hujung perjalanan, di lembah kefakiran dan fana, di mana segala sifat keakuan ditanggalkan dari diri mereka, mereka dipakaikan dengan jubah ketidaksedaran, menyebabkan mereka hanya meneguk ruh kewujudan.
Bila mereka berjaya mengharungi kesemua tujuh lembah, bila mereka berjaya meruntuhkan gunung keakuan, dan menanggalkan kecintaan terhadap segala ilmu, barulah mereka dibenarkan meneruskan perjalanan bertemu raja Si Muraq.
Dari beribu-ribu ekor burung yang memulakan perjalanan, hanya tiga puluhsaja yang berjaya mengharungi segala payah jerih. Dengan kepenatan yang tak terhingga, dengan perasaan kehinaan yang tak terkata, mereka dibawa berjumpa dengan raja segala burung. tapi apa yang mereka dapati bukan raja segala burung, tapi bahkan refleksi diri mereka sendiri dalam cermin diri.
Si Muraq, ataupun sirmurgh, adalah perkataan parsi yang bermaksud tiga puluh ekor burung. Maka di sini, di penghujung jalan, burung-burung itu berhadapan dengan realiti, berhadapan dengan refleksi diri, walaupun mereka telah mengharungi perjalanan yang panjang dan segala payah jerih, yakni, yang sebenarnya mereka cari adalah ‘diri mereka sendiri‘ dan ‘diri sebenar diri‘.
Wahai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! “Kembalilah kepada Tuhanmu dengankeadaan engkau redha dan diredhai (di sisi Tuhanmu)!
(Surah Al-Fajr ayat 27-28)
sumber: ku2blog & warisantamar

Sorok kapak dalam semutar

Ia dikatakan senjata kegemaran golongan samseng, kaki gaduh atau 'gedebe' di Kelantan suatu masa dahulu.



"DULU-DULU lazimnya orang berpesan, kalau pergi ke Kelantan, jaga kelakuan, takut kena kapak siam."


Sebaris kata-kata yang meluncur keluar daripada seorang rakan berusia lebih separuh abad itu saat ditanya tentang kapak siam membuat penulis terpegun. Rakan dari Johor itu yang tentunya lebih banyak makan garam menggambarkan populariti kapak siam yang digeruni terutamanya pada tahun 1960-an.

Cerita kapak siam pernah menjadi berita hangat pada tahun 1967 berikutan pembunuhan kejam seorang ahli politik di Kota Bharu yang dipercayai ditetak dengan senjata tersebut.

Ia merupakan senjata kegemaran golongan samseng, kaki gaduh atau 'gedebe' kerana saiznya yang kecil memudahkannya diselit pada lilitan kain di pinggang atau semutar iaitu kain lilitan kepala lelaki.

Namun, ada yang mengaitkannya sebagai cara untuk mengajar orang yang berkelakuan biadap apabila masuk ke kampung, misalnya mengganggu anak gadis atau mencuri.

Sasterawan Negara, Datuk Dr. Ahmad Kamal Abdullah (Kemala) pernah menyebut tentang senjata ini semasa mentakrifkan negeri kelahiran sasterawan tersohor dari Negeri Cik Siti Wan Kembang, S. Othman Kelantan. Kamal menyifatkan rakyat Kelantan kuat mempertahankan nilai tradisi manakala harga diri dipandang tinggi.

Sejengkal
SENJATA yang mudah digenggam ini terkenal dalam kalangan samseng Kelantan pada tahun 1960-an. 


"Tanpa mempertahankannya apabila tercabar, individu itu tak bererti, nah tunggulah bicara pembunuhan yang menyerang apabila tiba malam gelap dengan senjata yang bernama kapak siam, kapak kecil yang amat tajam dan membunuh," katanya seperti yang disampaikan pada Pesta Penyair Nusantara di Universiti Kadiri, Surabaya, Indonesia pada tahun 2008.
Apa sebenarnya kapak siam dan mengapa ia disandarkan dengan Siam (Thailand)? Menurut individu yang ditemu bual, ia cuma nama jolokan yang diberikan oleh orang luar Kelantan sedangkan ia tidak dinamakan sedemikian oleh masyarakat di negeri yang bersempadan dengan Negara Gajah Putih itu.
Secara umumnya, kapak siam adalah kapak kecil yang bersaiz kira-kira sejengkal yang dicipta khusus untuk genggaman tangan. Ini dapat dilihat pada hulunya yang melengkung sedikit berbanding kapak biasa.
Bagi seorang pengumpul senjata lama, Mohd. Nasir Hassan, 44, atau mesra disapa Cikgu Nasir, cerita kapak siam banyak memaparkan latar belakang sosiobudaya masyarakat Kelantan zaman dahulu yang ingin mendidik individu yang kurang beradab.
Menjelaskan tentang kapak siam, Nasir berkata, ia dikenali di negeri ini sebagai kapak kecil Kelantan. Ia juga digelar kapak bungkus atau kapak terbang kerana ia merujuk kepada cara kapak itu digunakan semasa menyerang.
Kapak kecil yang matanya kelihatan berseni dengan lebih lebar pada bahagian bawah pula dikenali sebagai kapak binjai manis.
"Bagi mereka yang berniat membunuh, mereka menetak di kepala atau dahi hingga kapak itu terlekat di situ.
"Namun, dalam kebanyakan kes untuk mendidik orang yang kurang ajar, mereka biasanya hanya mencederakan iaitu dengan membungkus mata kapak tersebut dengan kain.
"Mata kapak dibungkus dengan hanya mendedahkan beberapa inci hujung mata untuk mengelak kecederaan parah. Di situlah diukur kadar kebiadapan orang itu.
"Jika lebih banyak hujung mata yang tidak dibungkus, bermakna lebih besarlah salahnya.
Serangan
MUHAMMAD dipercayai satu-satunya pembuat kapak siam Kelantan yang masih hidup. 
"Kalau orang nampak parut 'peringatan' kena takik kapak di kepala atau dahi itu, orang biasanya akan berkata, tu kacau anak dara orang ke tu?" katanya ketika ditemui di rumahnya di Bachok, Kelantan.Nasir berkata, serangan juga dilakukan dengan mengikat hulu kapak dengan kain atau tali dan ia dinamakan kapak terbang.


"Punca kain pula diikat pada pergelangan siku. Kapak akan dibaling dan disentak semula ke dalam genggaman tangan. Serangan ini biasanya dilakukan oleh orang yang memiliki kemahiran tinggi," kata guru sebuah sekolah menengah di Kota Bharu itu.
Selain saiznya yang kecil, tambah Nasir, kapak siam sering menjadi pilihan kerana ia bersifat dwifungsi iaitu ia boleh digunakan untuk melakukan kerja-kerja ringan seperti menakik dan dijadikan senjata untuk menyerang. Ia berbeza berbanding keris yang pasti mendatangkan curiga orang jika dibawa.
Seorang guru silat dari Tumpat, Wan Yusmar Wan Yusof, 39, yang memaparkan video silat kapak siam di YouTube pula memberitahu, kapak itu pada asalnya digunakan oleh wanita di Pattani, Thailand untuk membelah buah pinang.
"Tetapi orang lelaki menjadikannya senjata pergaduhan," katanya yang mendakwa semasa kecil beliau pernah mendengar cerita seorang anggota polis mati dikapak dengan kapak siam di Tumpat.
Menurutnya, serangan kapak siam juga boleh menyebabkan seseorang menjadi gila sama ada akibat hentakan di kepala atau ditusuk hulu kapak yang diperbuat daripada pokok nibung.
"Getah nibung yang bercampur darah akan lebih berbisa. Ia boleh menyebabkan keracunan atau sawan," dakwanya sambil memberitahu bisa itu boleh dikurangkan dengan minum air kelapa atau menyapu luka dengan air perahan limau nipis.


KAPAK kecil pada masa ini popular dijadikan cenderahati dan barang perhiasan.


Di sebalik cerita kapak siam yang semakin ditimbus masa, kudrat si tua pembuat kapak, Muhammad Yusof, 68, terus ditagih.
Dia dipercayai satu-satunya pembuat kapak siam generasi lama yang masih hidup. Atas bahu warga emas yang sudah empat dekad membuat kapak itu kini tertancap sisa legasi kapak kecil itu.
Meskipun ada yang mendakwa nama kapak siam jenis binjai manis diambil sempena Kampung Binjai Manis di Pattani, Thailand, hakikatnya Muhammad atau 'Abe Mat Tukang Kapak' tinggal di Kampung Binjai Manis, Bunut Susu, Pasir Mas. Kampung tersebut hanya mempunyai belasan buah rumah.
Muhammad mengakui kapak siam selalu disalahgunakan suatu ketika dahulu. Katanya, pernah pada zaman remajanya beliau mendengar cerita seorang lelaki menjadi gila selepas ditetak seorang lelaki lain kerana berebut seorang janda.
"Golongan gedebe yang tiada kerja dan mahu mencari gaduh sahaja biasanya menyelit mata kapak kecil yang diikat pada hujung kain semutar untuk digunakan sebagai kapak terbang," cerita beliau sambil memberitahu kapak siam kini popular sebagai barang perhiasan.

- Source Link -
Jom ! Kita Tengok Video Kapak Siam Ni...