Latest Updates

Kereta terbakar ketika isi NGV

Anggota bomba memadamkan kereta yang terbakar di sebuah stesen minyak, kelmarin.

BATU CAVES - Sepasang suami isteri dan anak perempuannya berdepan detik cemas apabila kereta jenis Iswara yang dinaiki mereka terbakar dalam kejadian jam 8 malam kelmarin.

Mangsa, R Tehinagaran berkata, kejadian berlaku sewaktu dia berhenti di sebuah stesen minyak di sini untuk mengisi gas NGV.

Katanya, dia yang dalam perjalanan dari Bandar Country Homes ke rumah mentua di Pahang menyedari saluran gas itu bocor dan memaklumkan kepada pekerja stesen minyak.

“Pekerja cuba menutup saluran utama itu namun gagal menyebabkan hos mengeluarkan api dan menyambar terus kepada enjin kereta.

“Saya dan isteri berada di luar kenderaan manakala anak (T Priyadharyshyini) berada dalam kereta bertindak melompat keluar menyelamatkan diri,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui ketika kejadian.

Insiden menyebabkan Tehinagaran mengalami kecederaan kecil apabila tangan dan kepalanya melecur manakala anak dan isteri tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kejadian menyebabkan anak saya trauma kerana masih terkejut dengan insiden yang berlaku.

“Dianggarkan lebih RM10,000 kerugian dialami apabila dua telefon bimbit, GPS dan alat permainan DVD hangus dalam kebakaran,” katanya.

Sejurus kejadian, dua jentera bomba dari Gombak Selatan dan Selayang tiba di tempat kejadian.

Anggota bomba dengan kekuatan seramai 11 orang mengambil masa lima minit untuk memadamkan kebakaran.

Ketua operasi, Nasir Zulkifli berkata, siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada kebocoran saluran gas.

UPNM pilihan kerjaya tentera

PERMOHONAN kemasukan pelajar ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) semakin meningkat setiap tahun kerana ternyata kerjaya pegawai tentera sentiasa berada di hati generasi muda.

Kerjaya pegawai tentera tidak lagi dianggap pilihan kedua dan ketiga ketika mereka mahu mencari pekerjaan.

Pada tahun ini seramai 604 daripada 14,396 permohonan diterima masuk ke UPNM membabitkan 503 pegawai kadet dan 103 (calon awam).

UPNM VIDEO

Kos pengajian pegawai kadet yang sudah didisiplinkan akan dibiayai sepenuhnya Kementerian Pertahanan dan mereka akan diserap terus bertugas dalam angkatan tentera sebaik tamat pengajian.
Manakala mahasiswa daripada calon awam akan membiayai sendiri kos pengajian masing-masing, termasuk mendapatkan pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Manfaat dan kemudahan yang diterima serta peluang kenaikan pangkat anggota tentera sentiasa menjadi daya tarikan kepada bekas pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, setiap tahun UPNM menerima puluhan ribu permohonan daripada lepasan SPM untuk melanjutkan pengajian masing-masing, terutama dalam bidang kejuruteraan.

Sehubungan itu menurutnya, UPNM akan meneliti kemasukan pelajar baru dan menerima mereka yang benar-benar layak dari segi akademik dan fizikal.

“Tidak ramai lepasan SPM dan ibu bapa menyedari apa yang sedang berlaku di UPNM ini,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Minggu Orientasi Siswa UPNM di Dewan Tun Templer, UPNM, Sungai Besi, baru-baru ini.

Temu duga berminggu-minggu
TambahPelajar baru mengangkat janji setia menjadi salah seorang parajurit negara. kapsyen
Beliau berkata, kemasukan ke universiti itu juga tidak semudah pelajar mendaftar di IPTA lain apabila pemilihan  dibuat setelah mereka mengikuti sesi temu duga yang memakan masa sehingga berminggu-minggu terutamanya bagi pegawai kadet.

“Ia berikutan senario pengajian tinggi negara berkembang dengan begitu pesat sekali selari arus dan ledakan globalisasi yang menghasilkan daya penggerak serta membentuk hala tuju baru pengajian tinggi di dunia,” jelasnya.

Ahmad Zahid berkata, hala tuju ini juga melahirkan beberapa trend baru melalui proses globalisasi, mobiliti, kolaborasi, evolusi dalam pembelajaran dan pengajaran serta penggunaan teknologi yang maksimum.

“Ini bermakna, Malaysia dan institusi pengajian tingginya perlu memberi pertimbangan wajar terhadap impak dinamik ini kepada hala tuju strategik negara, sistem serta institusi pengajian tinggi menjadi lebih bersifat antarabangsa, tidak jumud dan akan terbina jaringan yang berasaskan kolaborasi serta komplementari, sebaliknya bukan terhadap persaingan semata-mata,” katanya.   

Beliau berkata, pelajar seharusnya mempersiapkan diri menempuhi gelombang global arus pengajian tinggi sekarang yang bukan hanya bersaing di antara pelajar tempatan, tetapi antarabangsa yang lain.

“Sehubungan itu, pelajar perlu fokus dan memberikan komitmen yang jitu bagi mendapatkan ijazah kelas pertama dan mempunyai kualiti global serta mampu menjadi penggerak kepada sumber manusia yang berinovatif dan kreatif demi masa depan negara.

“Menyedari hakikat ini Kementerian Pengajian Tinggi melaksanakan transformasi pengajian tinggi dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) untuk membantu pelajar mempersiapkan diri bergelar graduan modal insan kelas pertama yang berdaya saing, kreatif, inovatif serta berkualiti sebagai penyumbang kepada kelangsungan kepimpinan negara,” katanya.

Ciri mahasiswa UPNM
Kemasukan pelajar ke sini bukan sebagai pilihan tercorot.
Menurutnya, lima ciri penting yang harus ada dalam diri mahasiswa UPNM ialah pemikiran kritikal dan penyelesai masalah, keberkesanan berkomunikasi, komitmen dalam kerja berpasukan, kreatif dan inovatif serta celik budaya boleh bergerak dalam arus dunia digital.

“Oleh itu mahasiswa UPNM harus merebut peluang keemasan mempertingkatkan potensi diri dan menjadi mahasiswa unik sepanjang berada di sini.

UPNM VIDEO “Keikhlasan amat penting dalam menjalankan tanggungjawab kepimpinan. Kepimpinan mahasiswa seakan memaksa diri untuk membahagikan kepentingan diri dengan orang ramai,” katanya.

Beliau menasihatkan mahasiswa supaya menguruskan masa dan kewangan serta mengetepikan kepentingan diri buat sementara waktu bagi memastikan amanah kepimpinan di lunas dengan baik.

“Tingkatkan keupayaan diri baik dalam bidang akademik, ketenteraan mahupun kemahiran insaniah yang merupakan medan pelajar melakar kecemerlangan diri.

“Kita mesti fokus dalam setiap bidang diceburi agar tercapai kecemerlangan yang ingin di kecapi,” katanya.
Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid berkata, pelajar yang ingin maju hendaklah berusaha gigih dan tidak leka dengan perkara tidak berfaedah kepada diri.

Link

Si tua jual alat seks dicekup

KUALA LUMPUR - Kegiatan seorang lelaki warga emas menjual peralatan dan ubat perangsang seks terbongkar apabila dia ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah kedai empat tingkat di Jalan Walter Grenier, Jalan Imbi di sini kelmarin.

Operasi pada pukul 11.55 pagi itu dilakukan hasil risikan dan penyamaran oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi (IPD).

Dalam serbuan di rumah yang terletak di tingkat satu itu, polis menahan seorang lelaki berusia 71 tahun dipercayai pemilik rumah tersebut.
DI sebuah rumah di Jalan Walter Grenier, Jalan Imbi, Kuala Lumpur inilah seorang lelaki warga emas ditahan kelmarin kerana menjual barangan seks.
Pemeriksaan mendapati barangan seks pelbagai jenis disimpan di dalam rumah tersebut dipercayai untuk tujuan dijual secara terus atau melalui online.

Antara barangan yang dirampas ialah sembilan buah kotak yang mengandungi alat kemaluan plastik lelaki dan wanita menggunakan bateri dan manual, pelbagai jenis ubat perangsang seks pelbagai jenama dan kondom.

Siasatan awal mendapati ubat perangsang seks yang dirampas untuk kegunaan lelaki dan wanita itu berbahaya sekiranya dimakan oleh pelanggan kerana ubat-ubatan tersebut tidak mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Di negara China penjualan alatan seks seperti ini menjadi pemandangan biasa disana.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, lelaki warga emas itu kini ditahan dan dibawa ke IPD Dang Wangi untuk membantu siasatan.

"Setakat ini kita masih melakukan siasatan sejak bila suspek menjalankan kegiatan tersebut," kata beliau ketika dihubungi.

Link

Seram diganggu kelibat 'pocong'


KERIAN - Penduduk kampung tersusun Raja Bashah Kuala Kurau, di sini gempar dengan gangguan kelibat lembaga berkain putih atau dikenali sebagai hantu ‘pocong’ sehingga menyebabkan sebahagian besar mereka takut keluar rumah terutama waktu malam.

Seorang saksi kejadian, Mohd Desa Ahmad, 52, berkata, cerita kewujudan hantu itu mula tersebar di seluruh kampung sejak tiga bulan lalu apabila sebanyak tiga kes penemuan lembaga berkenaan dilaporkan sehingga kini.

Menurutnya, pengalaman terserempak dengan lembaga menyerupai hantu pocong benar-benar memberi igauan buruk setelah sebelum ini menganggap dakwaan beberapa penduduk sebagai tidak berasas.

“Kejadian itu berlaku semasa saya sedang mengambil angin di luar rumah baru-baru ini dan tercium bau aneh seakan-akan bau tanah kubur sewaktu sedang menghisap rokok.
“Pada masa sama, saya mendapati terdapat sebuah motosikal sedang melintasi hadapan rumah dan alangkah terkejutnya apabila terdapat satu objek berbungkus kain putih sedang ‘membonceng’ motosikal itu tanpa disedari penunggangnya,” katanya sewaktu ditemui Sinar Harian di rumahnya di sini semalam.

Mohd Desa berkata, dia tergamam melihat objek berbungkus itu buat seketika, bagaimanapun keadaan menjadi lebih mengerikan apabila muncul di hadapannya secara tiba-tiba.


“Sedang saya tergamam melihat kejadian itu, tiba-tiba objek itu hilang dan paling memeranjatkan, lembaga itu muncul di hadapan saya dalam jarak 10 meter.

“Hanya Allah yang tahu perasaan saya ketika ini dan saya segera meluru masuk ke dalam rumah dan menutup semua tingkap serta pintu tanpa berfikir panjang,” katanya.

Seorang lagi saksi kejadian, Salleh Mat, 58, berkata, semasa kejadian dia bersama isteri dan anak-anaknya sedang berehat di ruang tamu sambil menonton televisyen pada jam 11 malam.

“Pada masa itu saya hendak menutup pintu belakang rumah kerana sudah lewat malam. Saya perasan ada kelibat seseorang di luar rumah berpakaian serba putih namun tidak berapa jelas kerana keadaan pada masa itu terlalu gelap.

“Saya pun turun dari rumah dan memberanikan diri untuk melihat dengan lebih dekat. Bagaimanapun, kelibat lembaga itu merupakan sebuah objek berbungkus yang menyerupai tubuh mayat yang dikafankan,” katanya.
Salleh yang terperanjat dengan kejadian itu terus memasuki rumah dan mengunci semua pintu dan tingkap sehingga menimbulkan kehairanan isteri dan anak-anaknya.

“Saya yakin lembaga yang saya lihat merupakan hantu pocong berdasarkan bentuk sama seperti manusia yang dikafankan di mana kain yang membaluti tubuh amat pudar selain mempunyai satu ikatan di atas kepala,” katanya.

Sementara itu, sumber dari penduduk asal kampung menceritakan kejadian ini dikatakan sering berlaku semasa pembukaan kampung ini sekitar tahun 1980-an sebelum isu itu lenyap beberapa tahun kemudian.

Bagaimanapun, kejadian penduduk ‘diganggu’ hantu pocong berulang kembali dipercayai berpunca perlaksanaan projek penempatan semula penduduk kampung yang dikatakan ‘mengganggu’ kediaman asal makhluk halus di sini.

“Berdasarkan cerita orang tua sebelum ini, kampung ini sebelum dibuka dipenuhi hutan nipah dan hutan paya bakau. Dikatakan pelbagai perkara buruk berlaku semasa pembukaan kampung.
Laluan keluar masuk penduduk yang dikelilingi hutan bakau dan nipah.
“Ia disebabkan di kawasan hutan nipah ini terdapat banyak kubur-kubur lama yang tidak bertanda selain sebuah kubur ‘keramat’ yang dikatakan turut terletak di kawasan kampung kami,” katanya.

Seorang lagi penduduk yang ingin dikenali sebagai Radhi berkata, lokasi pangkalan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kuala Kurau dan kawasan sekitarnya dikatakan berasal dari tapak perkuburan lama yang banyak terdapat di kawasan itu.

“Semasa pembinaan pangkalan itu, terdapat gangguan sebegini dialami penduduk kampung sebelum perkara sama berulang kembali sejak tiga bulan.

“Kami tidak menolak kemungkinan ‘kemunculan’ kembali makhluk berkenaan disebabkan kerja pembinaan penempatan semula penduduk kampung yang sedang dijalankan yang dipercayai menyebabkan makhluk itu ‘marah’ dan mengganggu kami,” katanya.

Link

Petua Membeli Kereta Terpakai


Perkara yang paling utama semasa membeli kereta terpakai pastikan keadaan cuaca ketika memeriksa kenderaan itu adalah terang. Jangan sekali-kali memeriksa kenderaan di waktu gelap.

PEMERIKSAAN LUARAN
- Sila periksa pemegang pintu
- Pastikan pintu dan bonet boleh dibuka dan ditutup dengan senang
- Pastikan ‘bumper’ belakang tidak calar dan karat
- Pastikan sistem ekzos tidak berkarat
- Pastikan rim tidak bengkok dan berkarat
- Pastikan semua lampu berfungsi dengan baik

PEMERIKSAAN ENJIN
- Pastikan keadaan enjin mestilah bersih .
- Pastikan enjin tidak diubahsuai
- Pastikan keadaan enjin dan pastikan tiada bocoran. Bagi menunjukkan ada kebocoran pada
  enjin, anda boleh meletakkan sekeping kotak putih di bawah enjin selepas menguji pandu 
  kenderaan tersebut.
- Tiada kebocoran pada radiator dan sistem penyejuk
- Pastikan semua ‘belt’ berada dalam keadaan baik

PEMERIKSAAN DALAMAN
- Pastikan pintu dan bonet boleh dibuka dan ditutup dengan mudah
- Pastikan semua cermin berada dalam keadaan baik
- Pastikan karpet kereta berada dalam keadaan baik
- Pastikan lantai tidak berkarat
- Pastikan ‘dashboard’ tidak retak
- Pusingkan setering ke kiri dan ke kanan
- Tiada masalah dengan pedal brek dan clutch
- Pastikan penghawa dingin berfungsi dengan baik
- Pastikan tali pinggang boleh dipakai
- Pastikan ‘jeck’ clan tayar simpanan berada dalam keadaan baik

CUBA MEMANDU DALAM MASA 30 MINIT
- Cuba hidupkan ‘switch’ tetapi jangan hidupkan enjin
- Pastikan meter suhu bergerak
- Pastikan lampu minyak enjin menyala
- Pastikan lampu bateri menyala
   Cuba hidupkan enjin
- Pastikan semua meter berfungsi dengan baik
- Pastikan tiada masalah dengan sistem gearbox
- Cuba matikan enjin dan hidupkan semula
- Pastikan tiada kebocoran minyak enjin berlaku di bawah
- Semasa memandu kenderaan tersebut, pastikan tiada bunyi dan gegaran
- Tiada masalah semasa penukaran gear
- Cuba pusingkan stering 360 darjah.Adakah ia mengeluarkan sebarang bunyi?
- Cuba anda pandu kenderaan tersebut dan lalui kawasan yang ada bonggol kerana ianya 
   akan menguji sistem suspension.
- Cuba biarkan enjin kenderaan itu hidup dalam beberapa minit dan pastikan suhu  
   kepanasannya berada dalam keadaan stabil.

PEMERIKSAAN TERAKHIR
- Perkara paling penting ialah periksa nombor casis dan nombor enjin. Pastikan nombor
  tersebut sama dengan dokumen pendaftaran kereta
  Tip ini dipetik dari AAM Drive magazine.

Cuci kereta hindari cat luntur


KESAN air hujan, embun, pancaran matahari dan pencemaran alam sekitar antara faktor semula jadi yang menyebabkan kereta kotor serta tidak berseri.

Ia kadang kala menjadi rutin biasa bagi penduduk di ibu kota kerana kekurangan tempat letak kereta sekali gus membiarkan kenderaan terdedah kepada faktor berkenaan. 

Mereka yang mengambil berat terhadap kereta dan rajin membasuh sendiri, warna kereta sentiasa menawan, walaupun berusia lima hingga 20 tahun. 
Perghhh...Silau beb
Malah, usaha itu pasti tidak sia-sia kerana kereta yang sentiasa bersih dan berkilat mempunyai nilai pasaran tinggi untuk dijual semula.

Sesetengah pemilik kereta memang malas atau tidak ada masa untuk membasuh kereta sehingga sanggup mengeluarkan wang antara RM5 hingga RM10 sebagai upah mencuci keretanya.
Yang ini upah pisang je
Sebenarnya, tiada rahsia atau alat tertentu yang boleh menghindari cat kereta daripada cepat pudar dan luntur, tetapi ia berkaitan dengan kepekaan seperti menjaga kesihatan tubuh badan. 

Paling penting adalah mencuci kereta dengan kerap kerana ia boleh menghindarkan kesan pencemaran, sekali gus mengelakkan badan kereta daripada terlekat habuk yang mengundang kepada punca berkarat. 

Pada dasarnya, kereta hendaklah dicuci sekali dalam masa dua atau tiga minggu. 
Apabila mencuci kereta, bahan cucian yang digunakan juga perlu dipilih dengan berhati-hati. 

Pemilihan bahan pencuci yang tidak tepat boleh menyebabkan risiko karat kepada kereta. 

Dinasihatkan supaya jangan menggunakan sabun atau serbuk pencuci pakaian untuk mencuci kereta kerana bahan itu mengandungi garam yang boleh menyebabkan karat. 
Jangan pakai sabun cuci pinggan pulak kalau nak berjimat pun
Bagi memudahkan cucian, gunakanlah kain lembut atau span dan siram kenderaan dengan air yang banyak untuk menghilangkan buih sebelum dikeringkan menggunakan kain bersih. 

Selain menggunakan sabun, ada pemilik kereta yang menggunakan bahan pengilat selepas mencuci untuk menjadikan ia lebih berkilat. 

Bahan pengilat itu mampu menghapuskan kekotoran melekat pada badan kereta dengan menggunakan produk yang bersesuaian. 

Pastikan bahan pengilat diletakkan pada kain bersih dan selepas itu gosokkan secara sama rata pada permukaan kereta dengan gerakan bulatan.
Haaa macam ni la caranya
Anda perlu menunggu beberapa minit hingga bahan pengilat yang melekat pada bahagian disapukan itu bertukar warna keputihan sebelum ia digosok untuk kali kedua. 

Panduan paling penting adalah jangan menggunakan bahan pengilat di bawah pancaran matahari terik kerana ia menimbulkan hasil yang kurang memuaskan. 

Selain itu, tidak dapat dinafikan ramai pengguna tertipu membeli bahan pengilat dan syampu pencuci yang berkualiti rendah. 
Murah tapi lepas tu karat le (Sekadar hiasan)
Bahan yang bermutu rendah mempunyai kesan sampingan seperti merosakkan warna dan menyebabkan permukaan bercalar. 

Beberapa bahagian dalam terutama besi atau bingkai tingkap, tepi lantai dan rangka pintu, turut mempunyai bahagian yang bercat. 

Bahagian itu juga perlu dibersihkan kerana sesiku pada tetingkat dan tepi pintu selalunya menjadi perangkap air atau habuk dan jika dibiarkan ia boleh meninggalkan kesan karat yang teruk. 

Pembersihan optimum pastinya merangkumi seluruh komponen dalaman dan luaran kereta, termasuk enjin. 
Boleh terkopak cat kalau air pancut tu kuat sangat
Bagaimanapun, dinasihatkan supaya sentiasa berhatihati jika mahu membersihkan bahagian enjin kerana cukup sensitif dengan air terutama akibat pancutan air yang kuat.

Link

Lelaki 47 tahun berjalan kaki 5,700km untuk tunaikan haji

SENAD HADZIC
SARAJEVO - Seorang lelaki Islam Bosnia yang berjalan kaki untuk menunaikan ibadah haji di Mekah pada tahun lalu memberitahu agensi berita AFP bahawa dia tiba di kota suci tersebut selepas merentasi tujuh buah negara termasuk Syria yang kini dilanda perang saudara.


"Saya tiba di Mekah pada Sabtu lalu. Saya tidak letih, ini merupakan hari paling bahagia dalam hidup saya," kata Senad Hadzic menerusi satu temu bual telefon.


Lelaki berusia 47 tahun itu memberitahu, dia berjalan kaki sejauh 5,700 kilometer (km) selama 314 hari merentasi Bosnia, Serbia, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan untuk ke Mekah dengan membawa beg sandang seberat 20 kilogram.
Hadzic memaparkan perjalanan tersebut dalam akaun Facebook miliknya termasuk gambar dia memperoleh kad masuk dan keluar Syria yang dikeluarkan oleh kementerian dalam negeri kepada warga asing.
"Saya merentasi Syria pada April lalu. Saya berjalan sekitar 500km dalam tempoh 11 hari. Saya melintasi bandar raya Aleppo dan Damsyik serta sejumlah pos kawalan tentera rejim dan pemberontak tetapi saya tidak pernah ditahan.

"Di sebuah pos kawalan tentera Presiden Bashar Al-Assad, beberapa askar mengarahkan saya mengosongkan beg sandang saya. Apabila saya menunjukkan al-Quran dan menyatakan saya berjalan kaki ke Mekah, mereka melepaskan saya," ujar Senad.
Inilah Al-Quran yang memudahkan perjalanan beliau
"Saya berjalan kerana Allah, untuk Islam, untuk Bosnia-Herzegovina, untuk ibu bapa dan saudara perempuan saya," tambah lelaki itu.
Di laman Facebooknya, dia memberitahu, Tuhan telah menunjukkan jalan ke Mekah dalam mimpinya termasuk menuju ke kota suci itu melalui Syria dan bukan Iraq.
Semasa perjalanannya, Senad berdepan suhu sejuk antara -35° darjah Celsius di Bulgaria hingga kepanasan mencecah 44° darjah Celsius di Jordan.
Saksi...Kasut yang dijadikan pengalas kaki di sepanjang perjalanannya

Dokumen perjalanan beliau

Menurutnya, dia terpaksa menunggu di Istanbul selama beberapa minggu untuk mendapatkan kebenaran bagi merentasi Jambatan Bosphorus dengan berjalan kaki, selain dua bulan di sempadan Jordan dan Arab Saudi bagi mendapatkan visa untuk mengerjakan ibadah haji. - AFP
LIHAT VIDEO :

Link